Dec 02, 2015 - 3

[BERITA FESYEN] Johor Premium Outlet raikan ulang tahun ke-4 dengan pembukaan outlet terbaru

Bersempena ulang tahun ke-4 Johor Premium Outlet (JPO), mulai 1-15 Disember 2015 JPO mengadakan satu karnival meriah...

Johor Premium Outlets menyambut ulang tahun ke-4 penuh gaya dan gilang-gemilang.Bersempena ulang tahun ke-4 Johor Premium Outlet (JPO), mulai 1-15 Disember 2015 JPO mengadakan satu karnival meriah dengan pelbagai aktiviti menarik. Antaranya tunggangan kuda padi percuma, pemberian alusmitai dan belon untuk semua pengunjung dan 300 kanak-kanak pertama yang mengunjungi JPO akan merasai pengalaman Chocolat studio 5D yang menyeronokkan.

Selain itu, Johor Premium Outlets turut memperkenalkan tiga jenama baru iaitu Bally, Bath & Body Works dan Gucci. Jenamaikonik British, Burberry mengalu-alukan pelanggan ke outlet yang telah diperbaharui. Menurut Ketua Pegawai Operasi, Genting Simon Sdn Bhd, Jean Marie Pun Harry, sebagai Outlet Centre terulung di Malaysia dan Asia Tenggra, Johor Premium Outlets amat arif dengan cita rasa tersendiri pelanggan dari segi kemewahan dan fesyen.

Keseronokan membeli-belah memberi kepuasan, apabila sebahagian besar daripada 130 stor yang ada di Johor Premium Outlets menawarkan penjimatan tambahan semasa musim cuti hujung tahun ini. Ganjaran juga melimpah-ruah untuk pelanggan melalui pelbagai peraduan dan pemberian istimewa yang diadakan.
Peraduan Beli & Menang, pelanggan boleh mengumpulkan resit pada setiap hari sepanjang tempoh ini untuk berpeluang memenangi beg mewah dan bagasi yang digubah begitu anggun. Pelanggan yang berbelanja minimum RM1,000 juga akan menerima kantung LeSportsac secara percuma. Selain itu, 100 pelanggan pertama yang mengunjungi semasa tempoh sambutan ini juga akan menerima baucar simulator golf yang boleh ditebus di Pan-West.

Bagi melengkapkan pengalaman beli-belah, pengunjung digalakkan membuat mempamerkan  gambar yang paling menarik mengenai diri mereka bersama beg beli-belah mereka di Instagram, menggunakan #johorpremiumoutlets. Tiga gambar terbaik akan berpeluang memenangi salah satu daripada tiga pemegang kad Bally.
Untuk maklumat lanjut mengai Johor Premium Outlets, layari www.premiumoutlets.com.my.
 
Bath-Body-Works-1.jpgBurberry-2.jpgGucci-1.jpgJohor-Premium-Outlets-3.jpg
 
 
 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.