Nov 18, 2015 - 3

[BERITA FESYEN] Menarik! Parkson bawakan fesyen Korea di Pavilion KL

Parkson Group bakal membuka department store terbaru dengan memperkenalkan jenama fesyen daripada Korea...

 parkson-1.jpg
Gambar : Mixxo

Parkson Group bakal membuka department store terbaru dengan memperkenalkan jenama fesyen daripada Korea iaitu Mixxo dan Spaoserta  jenama dari California Who.AU. Malah bahagian outlet ini masih dalam pengubahsuaian dan akan diperkenalkan secara eksklusif pada akhir tahun ini di Pavilion KL. Kedua-dua jenama ini mempunyai identiti fesyen tersendiri dengan pemilihan artis k-pop sebagai duta jenama pakaian ini.  Bagi jenama fesyen Mixxo mereka memilih ahli kumpulan Girls Generation- TTS sebagai wajah jenama produk ini. Manakala Spao, (pakaian, aksesori untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak) diwakili oleh kumpulan EXO dan ahli Super Junior iaitu Eunhyuk, Leeteuk dan Donghae. Buat peminat dan penggemar fesyen  K-pop Malaysia pasti gembira akan berita ini.
 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  Parkson