Dec 17, 2014 - 1

Fashion Scoop!...Tentunya Dengan Carlo Rino

Jika anda masih samar tentang apa atau siapa Carlo Rino, ia jenama fesyen yang meraikan kebebasan individualiti. Ya, dengan rekaan inovatif, spektrum warna girang lagi mengghairahkan

Mula dirintis di Singapura, Carlo Rino* memecut pantas dalam arena fesyen, justeru tidak hairanlah jika popularitinya segera berkembang ke Malaysia, Hong Kong, Arab Saudi, Thailand, Vietnam, Brunei, Indonesia, China, Jepun dan Oman. Jika anda masih samar tentang apa atau siapa Carlo Rino, ia jenama fesyen yang meraikan kebebasan individualiti. Ya, dengan rekaan inovatif, spektrum warna girang lagi mengghairahkan – himpunan tas tangan dan kasut Carlo Rino, baik untuk seleksi gaya ke pejabat, kasual mahupun pesta glamor – semuanya tersedia dalam keunggulan labelnya.
sdfwecfwe.jpg
Pencinta jenama Carlo Rino umumnya eksekutif berusia 18-35 tahun, dahagakan fashion scoop, peneroka warna dan gaya, mementingkan nilai fleksibiliti bahkan meyakini Carlo Rino tahu bagaimana caranya meraikan keunikan personaliti mereka. Tarikan meneroka isi butik bermula dengan vista 3D dinamik yang berpantulan menerusi cermin rona tembaga berkemasan stainless steel mirror. Akses retina menjadi keutamaan teratas butik konsep Carlo Rino di Pavilion.

Selain sentuhan interior segar lagi dinamik, ia menawarkan atmosfera beli-belah selesa dan mengujakan. Hingga hari ini, Carlo Rino masih terus agresif mengembangkan sayap dengan 26 unit butik beroperasi di pusat membeli-belah utama seluruh Malaysia, antaranya di Mid Valley, Fahrenheit 88, Sunway Pyramid, Berjaya Times Square, Gurney Plaza, East Coast Mall, Mahkota Parade, Mesra Mall, Suria Sabah, juga edisi terbaru Carlo Rini di Pavilion, di tengah-tengah jantung kota Kuala Lumpur.
dcfwedcewcf.jpg
Eksistensi Carlo Rino bertambah mantap dengan hadirnya jenama ini di KLIA dan LCCT. Selain butik, Carlo Rino juga memiliki lebih daripada 100 kaunter wakilan di pusat membeli-belah seluruh Malaysia, antaranya di Parkson, Jusco, Metrojaya dan SOGO.
*Ayuh klik www.carlorino.net untuk melihat lebih banyak koleksi terkini Carlo Rino

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: