Feb 27, 2015 - 2

Izara Aishah & Amber Chia Kongsi Rahsia Jadi Popular

Untuk menjadi terkenal, anda perlulah diberikan platform yang sesuai untuk bersinar dalam arena populariti.

Sekiranya anda mempunyai gaya serta impian untuk manjadi seorang model, Veet menawarkan peluang keemasan ini kepada gadis-gadis Malaysia untuk  bergaya dan menyerlahkan diri mereka dalam Veet Mega Model Search buat pertama kalinya diadakan! Setiap gadis memerlukan platform yang dapat membuka peluang kepada glamor dan untuk memahat nama,  yang mana Veet Mega Model Search 2015 direka khas untuk membantu mereka yang ingin memulakan kerjaya sebagai seorang model. Artis dan pelakon popular, Izara Aishah adalah contoh terbaik – dia dipilih sebagai salah  seorang finalis Dewi Remaja 2009/2010, dan memenangi tempat kedua dalam pertandingan  tersebut.  Sejak itu, dia telah membintangi banyak rancangan TV, antaranya adalah Keranamu Laila, Vanila Coklat dan Oh My English! Dia juga kini merupakan duta Veet.  Ini  menunjukkan bahawa untuk menjadi terkenal, mereka perlulah diberikan platform yang  sesuai untuk bersinar dalam arena populariti.
Izara-Aishah-and-Amber-Chia.jpg
Begitu jugalah dengan supermodel dan pelakon Amber Chia yang menarik minat pasaran  antarabangsa apabila dia dipilih oleh Paul Marciano untuk menjadi model kempen Jam Tangan Guess pada tahun 2004.  Peluang sekali seumur hidup ini membolehkannya menembusi media lain seperti filem dan televisyen, dan Amber juga merupakan pengasas sekolah modelling elit Malaysia, iaitu Amber Chia Academy.
Veet-Mega-Model-Search-2015-Logo.jpg
Pencarian model ini terbuka kepada gadis-gadis Malaysia berusia antara 18 hingga 26 tahun yang mengimpi menjadi 'wajah' baharu dalam industri modelling.  Apa yang anda perlu, hanyalah beli mana-mana produk Veet (simpan resit sebagai bukti pembelian), hantarkan gambar terkini anda (1 gambar muka dan 1 gambar penuh) ke www.veetmodelsearch.my dan berpeluang untuk memenangi pengalaman seumur hidup. Sepuluh orang finalis Veet Mega Model Search 2015 akan menghadiri kursus intensif modelling dan solekan serta mengambil bahagian dalam sesi pengambaran. Pemenang nanti akan dinobatkan di Grand Finale, yang akan dihadiri oleh tetamu dan rakan media. 

Bukan itu sahaja, sepuluh orang finalis juga akan berpeluang untuk dipilih oleh Amber Chia Academy untuk kemasukan terus ke sesi ujibakat Malaysia Supermodel Search 2015.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: