Oct 07, 2014 - 5

Kuasa Fesyen Jenama 'Aigner' 50 Tahun

Semangat dan kecintaan dalam seni pembuatan ‘item’ fesyen menjadi sumber inspirasi pada kemunculan Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2014/15 Aigner kali ini.

ASsdsdfig-fw14-lead-woman-2-1-high-res-rgb.jpg
Lebih 50 tahun berkarya, jenama ini bisa berbangga dengan logo bertinta “a”.

 
Etenna Aigner dilahirkan di Nove Zamky, Slovakia pada 1904. Selepas Perang Dunia Kedua, dia mula mereka cipta aksesori fesyen daripada kulit untuk golongan bangsawan Eropah. Selepas 1950, Aigner berhijrah ke New York dan membuka butik pertamanya di Manhattan sekitar 1959. Semangat dan kecintaan dalam seni pembuatan ‘item’ fesyen menjadi sumber inspirasi pada kemunculan Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2014/15 Aigner kali ini.
Aigner-3.jpg

Yang pasti, tumpuan diberikan kepada hasil buatan tangan berkualiti tinggi, bertemankan rekaan dan perincian kemas, lantas digabung dengan daya tarikan tradisional yang cukup memikat hati. Musim ini, Ketua Pereka Aigner, Christian Beck; menceduk ilham daripada warisan Maison di Munich yang digabung dengan cita rasa kontemporari, siluet elegan berpotongan tirus dengan sedikit sentuhan sensual. Jenama ini memilih material daripada combed yarn, sutera Duchesse, jersey lut sinar dan kulit lembut untuk memancarkan aura tersendiri.
Aigner-2.jpg

Pilihan rona memihak kepada hitam, indigo, cognac, clay dan merah. Bagi pencinta aksesori dan aroma kulit, The Collection sajak buat anda. Studio Artigiano adalah statement of classic tailoring, menggabungkan perubahan dan tradisi. Setiap ciptaan tunggal daripada koleksi beg ini menceritakan asal-usul dan menyatukan reka bentuk padu, teknologi dan gaya moden digabung melalui kepakaran dan pengetahuan.
 
 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: