Nov 03, 2014 - 4

Keunikan Butik Mewah Alia Bastamam

ALIA BASTAMAM 14, Jalan Chempenai, Bukit Damansara, Kuala Lumpur 03-2095 3232 www.aliabastamam.com instagram.com/aliabastamamkl

 Khas-Deko(nov14)5-(1).jpg
Keistimewaan Banglo Lama

Berkongsi keunikan banglo ini, tambah Alia lagi, “Kami bertuah kerana menjumpai banglo ini kerana serba-serbi masih dalam keadaan baik dan memuaskan misalnya sistem paipnya, kemasan lantai, siling dan infrastruktur semuanya masih elok lagi. Oleh kerana itu, kami tak mahu melengah-lengahkan waktu dan bersetuju untuk menyewa banglo ini selepas melihat dan meninjau keseluruhan kawasan banglo luar dan dalam. Daripada segi pilihan perabot, langsir, upholstery, cat bilik – kami lakukan sedikit homework tentang susun aturnya dan daripada situ kami kenal pasti apa lagi yang diperlukan untuk menonjolkan look setiap bilik supaya kena dengan konsep chic Spanish villa,” ulasnya secara terperinci.


Ruang Kegemaran Alia Bastamam
“My favorite spot in the house has to be the atrium (taman dalam rumah) kerana tempat ini membolehkan saya enjoy dan bersantai dengan teman baik saya juga team members yang lain selepas penat bekerja seharian. Dan tempat ini juga kami berkumpul dan meraikan hari jadi, farewells atau sekadar bersantai minum teh kerana kami juga menceduk sedikit elemen kecantikan Spanish villa seperti ini,” ujarnya mengakhiri perbualan.
 
JOM Download E-Mag InTrend secara Percuma di :
Google Play > http://goo.gl/2xhhqm 
AppStore > http://goo.gl/hhIWtR

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: