Apr 29, 2015 - 5

Kisah Wanita Menggoda Lelaki Dengan Hanya Sapasang Kasut

Jejaka muda mengerling dengan hujung mata. Dia memandang dengan acuh tidak acuh dan sambil lewa

Dengan sepatu yang sesuai, ia pasti menjadikannya malam yang sukar dilupakan. Dia menahan sebuah teksi dan nekad memilih sebuah bar baru dibuka di tengah pusat bandar sebagai tempat paling sesuai untuk dilihat umum. Jejaka muda mengerling dengan hujung mata. Dia memandang dengan acuh tidak acuh dan sambil lewa – si jejaka terus tertawan. Mahu mengawal keadaan, mereka menuju ke arahnya.

Si gadis memberikan senyuman sinis yang memberi maksud, “Hei budak. Biar aku ajar satu dua perkara.” Si jejaka makin tertawan.Sebaliknya si jejaka tidak punyai apa-apa untuk diperkatakan. Dia memaut kaki si gadis dan menanggalkan stiletto nya: satu persatu. Mereka berpelukan. Sedikit merah padam muka si jejaka, “Saya tidak, err, tidak pernah bersama dengan wanita seperti awak.” Semuanya terserlah dek kerana aura dan pergerakan si gadis.Baju cantik melekap di tubuh dan sepasang sepatu yang juga cantik tersarung di kaki. Itu sahaja sudah lebih dari mencukupi. Keintiman fizikal (dan emosi) hanya akan wujud setelah semua yang menutupi fizikal dan luaran ditanggalkan. Dari situ, kehidupan adalah primal, spontan, dan  selalunya penuh kelembutan. Lebih mudah untuk menilai apa yang benar-benar bermakna dalam  hidup setelah segala hiasan tambahan ditanggalkan.
The-Algebra-Teacher-(2).jpg
Kita semua lebih mudah tertarik dengan sesuatu yang terdedah daripada yang tertutup di sekeliling kita dan kerana itulah koleksi XALF yang terbaru terdiri daripada pelbagai pilihan warna nude yang diseiringkan dengan pilihan warna senada lain di mana ia dianggap sebagai warna yang matang dan lebih imun daripada pilihan anak muda sekarang. Koleksi ini direka khas bagi mereka yang ingin menikmati hidup dan sudah melalui pelbagai pengalaman yang meliputi perasaan paling terdalam seseorang manusia: kesakitan, cinta, jangkaan, harapan, kegembiraan dan semangat juang yang tinggi untuk bergerak kehadapan  apabila hidup tidak seperti yang diharapkan.
The-Flatliner-(1).jpg
Untuk info lebih lanjut, sila layari www.xalfdesign.com atau terus hubungi +603-2298 7203 untuk menetapkan temujanji.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: