Mar 10, 2015 - 2

Nad Zainal Duta Rasmi Kempen #Femesxnadzainal

Kolaborasi ini menghasilkan 5 variasi warna pastel iaitu pastel merah jambu, pastel biru, pastel kuning, pastel ungu dan juga pastel hijau ‘mint’...

FEMESFACTORY dengan bangganya mengumumkan Nad Zainal sebagai duta rasmi bagi kempen #FEMESxNADZAINAL 2015.
 
Pelakon wanita muda yang sering kelihatan di dalam kaca TV stesyen-stesyen televisyen di Malaysia iaitu Nad Zainal telah dipilih sebagai duta produk sandal keluaran @FEMESFACTORY. Kolaborasi ini menghasilkan 5 variasi warna pastel iaitu pastel merah jambu, pastel biru, pastel kuning, pastel ungu dan juga pastel hijau ‘mint’. Kelima-lima warna ini dipilih sesuai dengan personaliti Nad Zainal yang lembut dan ‘cheeky’. Kempen ‘FEMESxNADZAINAL’ yang dibawakan oleh @FemesFactory (Instagram)  bakal bermula pada bulan Mac 2015 dan bakal dihiasi di ruangan media sosial termasuk media cetak. 
nad-blue-01.jpgNad-Pink-01.jpgnad-Purple-01.jpgNad-turqoise-01.jpg

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: