Dec 18, 2014 - 2

Peminat K-Pop Mudah Gila Bayang?

Jangan skeptikal menerusi persepsi penggemar K-Drama sebenarnya lebih gila bayang dengan keindahan paras rupa dan fizikal hampir semua pelakon menerajui sesebuah drama.

Hands-up-men-of-kpop-23368288-1920-1080-(1).jpg
Jangan skeptikal menerusi persepsi penggemar K-Drama sebenarnya lebih gila bayang dengan keindahan paras rupa dan fizikal hampir semua pelakon menerajui sesebuah drama. Secara jujur, tidak dinafikan rata-rata pelakonnya memiliki pakej lengkap selayaknya bergelar bintang. Lihat saja aktor lelakinya yang berumpankan tubuh tegap serta tinggi lampai, memiliki kulit putih bersih, berwajah sempurna manakala yang dikurniakan paras keanak-anakan dilabelkan sebagai Flower Boy yang bermaksud lelaki cantik umpama bunga.
 
Teliti pula pelakon wanitanya dengan anugerah bentuk tubuh menggiurkan, jelapang wajah mulus tanpa butir jerawat, kerdipan mata bak bintang kejora, bibir merah kudup mawar dan tambah indah, dengan lenggok pertuturan lembut meruntun hati. Di Korea sendiri, para pelakonnya dikategorikan mengikut kelas A, B, C dan sebagainya dengan aktor kelompok kelas A dilihat mampu meningkatkan kadar tontonan, menjadi calon pillihan utama membintangi filem pecah panggung dan dinilai dari aspek penampilan, memiliki pakej lengkap tiada cacat cela.
 
Namun, secara peribadi, saya beranggapan yang lebih membuatkan peminat K-Drama terpaku menontonnya hingga ke babak akhir adalah kerana hidangan naskhah skrip berkualiti dijalin bersama penghayatan mendalam pelakon yang menjayakan sesuatu watak. Di sebalik ulas bibir mungil aktres jelita Shin Min Ah, terselit dialog mengharu hati dan membesit perasaan yang menonton dramanya. Misalnya, siapa pernah melupakan adegan syahdu dia memujuk rayu kekasihnya yang dilakonkan Rain supaya kembali ke pangkuannya dalam drama 16 siri A Love To Kill (ALTK).
HlALcnE.jpg
Menerusi drama itu, aktres berkenaan memerankan watak primadona filem namun sentiasa bernasib malang dalam percintaan. Dia yang menjalin cinta bersama pengawal peribadinya tidak menemui kesudahan cinta seperti diimpikan apabila memenui ajal berdua dalam kedinginan salji tebal. Selain Winter Sonata, ALTK Berjaya mempengaruhi keinginan saya untuk berkunjung ke negara sejuk yang disifatkan romantik.
 
Menontonnya, saya berangan-angan menggenggam kepingan halus salji sebelum meluncur bebas meredah angina dan syukur, akhirnya saya berpeluang juga mengecapinya sewaktu kunjungan ke Seoul, Korea dan Hokkaido, Jepun
 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: