Jan 26, 2015 - 19

“Tanda Kasih Mummy”- Melissa Saila

Khabarnya, bonda seniwati baru pulih daripada masalah kesihatan usus. Tiba di lobi Capri by Fraser Hotel Residences. terus memimpin tangan Seniwati Mariani berjalan masuk ke hotel.

picture-sadasdasdsadeasc.jpg
Mengikut perancangan awal, saya hanya menjangkakan selebriti Melissa Saila akan hadir bersama anak-anaknya seperti yang dijanjikan. Namun usai kiriman WhatsApp diterima sehari sebelum sesi fotografi melonjakkan keterujaan saya. Katanya, dia akan hadir membawa ibunya bersama. Khabarnya, bonda seniwati baru pulih daripada masalah kesihatan usus. Tiba di lobi Capri by Fraser Hotel Residences. terus memimpin tangan Seniwati Mariani berjalan masuk ke hotel. Usai keluar dari kereta, katanya, “Maaflah saya tak berapa sihat sebab baru keluar hospital,” terangnya singkat. Dan dalam diam saya mengagumi dan menghormati kejituan figura ini. Anak seni yang berjiwa kental. Biarpun kehadirannya dimaklumkan pada saat-saat akhir, namun tetap memenuhi keinginan editorial InTrend yang ingin merakam momen manisnya bersama anak dan cucu-cucu dalam suasana cukup santai. Dalam hati saya pula sudah berkira-kira, mungkinkah durasi sesi fotografi yang memakan masa berjam-jam bisa mengganggu keadaan Mummy? Kata Melissa Saila tatkala menunggu wajahnya disolek, “Insya-Allah Mummy okey. Dia suka kalau ada penggambaran ni, sebab suka melawa, haha,” terangnya sambil tertawa.
 
Lebih Hargai Mummy Kala giliran Melissa bergambar bersama ibunya, ekor mata saya dapat menangkap kolam matanya yang berkaca. Hangat sekali dia memeluk erat ibunya sambil membetulkan selendang yang disarung Seniwati Mariani. Dan apabila ditanya mengapa Melissa kelihatan sebak, dia berkata, “Mummy dah tak larat dan aktif macam dulu. Kesihatannya tidak seperti dulu, harus diawasi selalu. Makannya perlu dijaga. Dia tak boleh makan sebarangan terutama yang pedas-pedas. Mummy baru menjalani pembedahan kerana masalah usus. Badan dia juga makin susut sebab kurang selera makan. Jadi bila sesekali tengok dia dalam keadaan macam ini, hati saya mudah tersentuh. Tapi seboleh mungkin, kami adik-beradik akan menjaganya dan memberikan yang terbaik,” ulasnya lagi dalam nada menahan sebak. Tumpuannya kini bersama adik-beradik yang lain adalah memastikan tahap kesihatan ibunya berada dalam keadaan teratas, selain menemaninya kala masa terluang. “Mummy kadang-kadang tinggal dengan saya. Dan ada masanya dia duduk di rumah kakak saya, Sasha. Jadi kami bergilirgilir jaga Mummy,” tuturnya lagi. Menyifatkan pertalian bersama adik-beradik seramai 13 orang cukup istimewa, mereka yang tinggal di Kuala Lumpur sering berkumpul manakala yang berada di Singapura pula saling kekal berkomunikasi menerusi laman sosial.
 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: