Oct 07, 2014 - 2

Belenggu Ketiak Berbau

Ramai yang mengambil jalan mudah untuk mengatasi masalah itu dengan membeli dan memakai deodaran. Tidak kira jenama, harga dan bahan yang digunakan, asalkan bau badan dapat dihilangkan

BELENGGU-MASALAH-1.jpg
Pernah suatu ketika dahulu, masalah bau badan pernah dikatakan menjadi punca keretakan hubungan suami isteri dalam kalangan masyarakat Malaysia. Isu ini sangat berat dan anda perlu menjaga penampilan luaran mahupun dalam anda. Berikutan itu, ramai yang mengambil jalan mudah untuk mengatasi masalah itu dengan membeli dan memakai deodaran. Tidak kira jenama, harga dan bahan yang digunakan, asalkan bau badan dapat dihilangkan dalam sekelip mata, ia sudah memadai.
 
BELENGGU-MASALAH-3.jpg
 
Namun begitu, tidakkah anda sedar bahawa itu bukan jawapannya dalam jangka masa panjang. Anda sebenarnya hanya mengawal atau menutup masalah itu untuk seketika sahaja sebelum bau badan yang teruk itu muncul semula dalam masa beberapa jam atau keesokan hari. Tabiat mandi setiap tiga jam sekali pun tidak banyak membantu dan tidak praktikal untuk diamalkan bagi mengatasi masalah tersebut. Sebaliknya, anda perlu memahami sebab mengapa ia berlaku dan apakah cara untuk menanganinya tanpa perlu berbelanja besar.
BELENGGU-MASALAH-2.jpg
 
Apa punca baru badan? 
 
Bau badan terutama dari bahagian ketiak dan tapak kaki berlaku disebabkan proses metabolisme bakteria iaitu corynebacteria atau micrococci. Dalam proses tersebut, bakteria itu akan memecahkan bahan-bahan organik yang terkandung di dalam kulit. Hasilnya, ada yang bertukar menjadi peluh dan terlekat pada baju atau kasut.
 
Biasanya, bakteria itu akan merebak dengan cepat di kawasan yang lembap. Ini sekali lagi menjawab kemusykilan mengapa ia kerap hadir di bahagian bawah tangan, tapak tangan, lipatan di bahagian belakang lutut dan tapak kaki.
 
 
 
Rawatan tradisional
 
Sapukan sodium bikarbonat di bahagian ketiak dan tapak kaki kerana ia turut mempunyai keberkesanan tertentu.
 
Masukkan beberapa titisan air mawar ke dalam bekas air mandi. Anda tidak perlu menggunakan deodoran selepas mandi.
 
Kisar buah tomato segar dengan daun teh sage. Sapukan dan biarkan bahan itu di bahagian ketiak selama 10 minit sebelum mandi.
 
Perahkan dua dozen jus lobak putih yang dicampur dengan ¼ sudu gliserin. Masukkan cecair itu ke dalam botol penyembur untuk dijadikan deodoran harian. Jus lobak itu boleh menghilangkan bau badan sehingga 10 jam.
 
Campurkan sedikit sodium bikarbonat dengan jus lemon dan sapukan terus di bahagian bawah tangan atau ketiak.
 
Dalam bekas berisi 30 milimeter air, masukkan 10 titisan minyak esen. Ia kemudian boleh disapu di bahagian ketiak.
 
Basahkan kapas dengan cuka putih dan lap ketiak. Ia boleh menghilangkan bau badan terutama di bahagian ketiak dalam masa beberapa minit.
 
Minum segelas the setiap hari dan ia akan mengurangkan aktiviti pengeluaran peluh yang berlebihan daripada semua bahagian badan.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: