Oct 07, 2014 - 3

Cara Buat Si Dia Jatuh Cinta

ndai si dia memang insan yang anda mahukan untuk menyemai cinta bersama, teruskan usaha dengan mencuri perhatian si dia. Lebih mudah jika anda tahu cara-caranya.

Jatuh-cinta-sda.jpg

CURI PERHATIAN SI DIA

Selidiki dahulu bagaimana orangnya. Andai si dia memang insan yang anda mahukan untuk menyemai cinta bersama, teruskan usaha dengan mencuri perhatian si dia. Lebih mudah jika anda tahu caracaranya. Guna mata dan senyuman paling menggoda, juga bahasa tubuh yang bisa mencairkan hatinya.
 
JINAK-JINAK MERPATI
Begitu pun jangan biarkan si dia rasa mudah merapati diri anda. Ikut resam merpati, walaupun jinak tetapi sukar didekati. Berikan tempoh dia menjadi gila bayang agar dirinya tidak keruan.
 
BERI ISYARAT ANDA BERMINAT
Sekiranya si dia mula ‘mengayat’, tunjukkan isyarat bahawa anda berminat tetapi jangan tunjukkan isyarat itu secara terang-terangan. Biar samar-samar agar terbina rasa suspen dalam dirinya. Lelaki suka perkara-perkara yang mencabar sifat kejantanan mereka.
 
 
BIAR SI DIA TERTUNGGUTUNGGU
Walaupun berada dekat dengannya, tetapi buat si dia tidak pernah dapat mendekati diri anda. Biar dia rasa geram dan ini membuatkan diri anda kelihatan lebih ‘berharga’.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: