Oct 20, 2014 - 9

Cabaran Hadapi Cinta Jarak Jauh

Pasangan curang kerana insan ke tiga. Dari mana datang nya insan ketika mahu pun ke empat? Ianya hadir di kala diri mula ada kekosongan di hati.

 

Bercinta jarak jauh bukan lah satu perkara yang mudah dalam sesebuah perhubungan. Kesetiaan, kejujuran dan juga saling percaya satu sama lain itu penting. Pernah juga terjadi dewasa ini, pasangan curang kerana insan ke tiga. Dari mana datang nya insan ketika mahu pun ke empat? Ianya hadir di kala diri mula ada kekosongan di hati. Ayuh gadis! Per baiki hubungan jarak jauh anda sebelum terlambat

KEPERCAYAAN
Ketika anda sudah mempunyai keyakinan bahawa kekasih anda adalah benar-benar seseorang yang dikirim Tuhan untuk jadi sahabat hidup anda nanti, berikanlah kepercayaan kepadanya. Kepercayaan pada kekasih adalah sebuah hal yang paling utama agar sebuah hubungan boleh berjalan dengan lancar, apatah lagi hubungan yang dihadkan oleh jarak. Elakkan prasangka buruk terhadap kekasih anda kerana dugaan dan prasangka buruk hanya akan memberi kesan buruk pada perasaan anda dan hubungan anda berdua.

KOMUNIKASI
Dalam sebuah hubungan jarak jauh, komunikasi adalah yang paling utama dalam hubungan anda. Tanpa komunikasi, hubungan anda berdua tidak akan mempunyai kekuatan diteruskan. Selalu luangkan masa anda untuk berkomunikasi dengan kekasih anda. Jika anda ingin hubungan anda berjaya, anda harus berusaha. Tetapkan masa untuk anda berdua berkomunikasi, misalnya antara jam 9-11 malam sebelum anda tidur, dan sediakan waktu itu hanya untuk anda berdua. Ingatlah bahawa hubungan bererti sebuah komitmen dan komitmen hanya akan dipenuhi dengan usaha. Apalagi dengan kecanggihan teknologi masa kini: telefon bimbit, webcam, dan sambungan internet yang memudahkan anda berdua untuk saling kenalan satu sama lain melalui sms, chatting, telefon, dan video call. Semuanya tersedia, pertanyaannya adalah bagaimana anda menggunakannya?

JARAK BUKAN ALASAN
“Cakap senanglah” pasti ini adalah respon pertama yang akan keluar di fikiran anda ketika membaca ini. Memang sangat susah mendalami nya, tapi bukan bererti tidak mungkin. Kuncinya adalah anda perlu yakin bahawa dialah yang akan menjadi penyeri hidup anda.Bukan bermakna anda tidak realistik, tetapi apabila anda benar-benar yakin pada kekasih anda, anda tidak akan mengizinkan hal remeh seperti jarak mematahkan perasaan dan keyakinan anda.

BINA AKTIVITI
Menjalani percintaan jarak kauh bermakna anda tidak boleh terus bergantung kekasih anda untuk selalu menemani anda. Ada kalanya masa anda berdua tidak sama, dan anda bosan sendirian ketika kekasih anda sedang sibuk di sana. Elakkan hal seperti ini terjadi dengan mencari kegiatan positif untuk mengisi masa anda sendiri. Ajak lah teman-teman atau saudara anda untuk keluar makan bersama, pergi ke karaoke, atau sekadar berjalan-jalan. Buatlah hobi anda seperti pergilah ke gym atau salon, membaca buku, mendengar muzik, menonton filem, membersihkan bilik, atau apapun yang boleh mengalihkan perhatian anda dari merasa sunyi. Dengan begitu, anda tidak akan merasa kesepian.

SELALU UPDATE
Serapat mana pun anda dan kekasih anda,jika dipisahkan jarak dalam masa yang lama, pastinya akan terasa sedikit asing. Cegah dari terjadinya “keasingan” ini, dengan selalu menghantar update tentang satu sama lain. Update boleh berupa foto terbaru anda untuk memberitahu perubahan anda secara fizikal dan penampilan, serta cerita-cerita mengenai teman baru atau pengalaman baru yang anda alami. Tidak harus setiap hari, yang penting dilakukan secara berkala.

LUANGKAN WAKTU
Bagi pasangan jarak jauh, masa untuk bertemu tidak boleh hanya dicari, kerana sampai bila-bila masa kesibukan anda akan terus mendominasi masa anda. Buatlah janji untuk bertemu, kemudian make it happen! Berusahalah supaya pertemuan itu boleh berlaku.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: