Jul 02, 2015 - 2

Hello Kitty Bakal Datang Dari Hong Kong Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Joey-Yong-(Managing-Director,-Hey-Day-Sdn-Bhd),-Jane-Chan-(CEO,-Hey-Day-Sdn-Bhd),-Hello-Kitty,-Carolne-Tsang-(COO,-Sanrio-Hong-Kong).jpg
Pada bulan Disember ini, Kuala Lumpur bakal mengalami gelombang keceriaan yang tiada bandingan dengan kunjungan daripada karakter klasik popular, Hello Kitty dan rakan-rakannya dari Sanrio dalam acara Hello Kitty terbesar dan terhebat di negara ini – “HELLO KITTY GO AROUND!! IN MALAYSIA”. Bakal berlangsung dari 19 Disember 2015 hingga 19 Januari 2016 di VIVA Home Expo, acara Hello Kitty yang unik ini menjanjikan pengalaman interaktif yang menyeronokkan bersama keluarga. Acara ini bersesuaian dengan semua peringkat umur, tidak kiralah jika anda peminat Hello Kitty atau tidak.
 
Sejak diperkenalkan pada tahun 1974, Hello Kitty dan rakan-rakannya dari Sanrio telah memberi keceriaan kepada setiap peminatnya di seluruh dunia. Bagi meneruskan tradisi yang telah lama wujud ini, “HELLO KITTY GO AROUND!! DI MALAYSIA” diadakan sebagai platform untuk peminat berkumpul, meraikan dan mencipta kenangan manis bersama Hello Kitty.
 Hello-Kitty-and-the-paparazzi.jpg
Bertemakan karnival vintaj ala Amerika, acara ini akan dibahagikan kepada zon berbeza yang direka khas agar pengunjung dapat mengimbau semula memori indah kehidupan awal Hello Kitty pada masa lalu. Suasana di sepanjang pesta tersebut bakal mencetuskan nostalgia kepada pengunjung dan sambil memberi peluang untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan melalui aktiviti interaktif yang akan mengingatkan mereka kepada kenangan manis dan tradisi di masa lalu.  

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: