Jan 05, 2015 - 6

Keluarga Lincah "Kak Ana"

Jika anak daranya lincah dan aktif, ibu pula tidak kurang hebatnya. Berkongsi cerita mengenai latar belakang keluarganya, kata penyanyi popular era 80-an dan 90-an ini

dcvcawqd.jpg
Tatkala melihat keletah tiga beranak ini Rohana Jalil bersama dua daripada tiga anaknya, Shakira Idora dan Syakila Nisha atau lebih dikenali dengan Kilafairy sewaktu disolek dan mengenakan pakaian untuk sesi fotografi cukup menggamatkan suasana. Lagak masingmasing seakan rakan baik. Jika anak daranya lincah dan aktif, ibu pula tidak kurang hebatnya. Berkongsi cerita mengenai latar belakang keluarganya, kata penyanyi popular era 80-an dan 90-an ini, “Kak Ana ada tiga orang anak. Semuanya perempuan. Yang sulung Rosella, kedua Shakira Idora dan yang bongsu Kilafairy,” ujarnya memulakan bicara. Lebih 30 tahun bergelar anak seni, Rohana Jalil memulakan karier nyanyian pada 1977.
 
Anggap Anak Sebagai Kawan
Mengakui ikatan dan hubungannya anak-beranak akrab, bagi selebriti ini, “Mungkin sebab anak-anak Kak Ana semua perempuan, jadi kami lebih rapat antara satu sama lain. Malah Kak Ana anggap mereka macam kawan tempat meluah perasaan, malah kami saling bertukar cerita. Kak Ana sendiri berkongsi masalah dengan mereka.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: