Oct 13, 2014 - 9

San Remo, Pasta 'Ala Malaysia'

Pasti ramai yang memikirkan resipi-resipi yang lebih ke arah citarasa barat. Kali ini, jenama pasta terkenal di Malaysia, San Remo, ingin menunjukkan cara-cara untuk menikmati pasta dengan sentuhan “ala Malaysia”

Photo-2.jpg
Apabila kita bercerita tentang pasta, pasti ramai yang memikirkan resipi-resipi yang lebih ke arah citarasa barat. Kali ini, jenama pasta terkenal di Malaysia, San Remo, ingin menunjukkan cara-cara untuk menikmati pasta  dengan sentuhan “ala Malaysia”. Melalui satu sessi demonstrasi masakan bersama wakil media, San Remo telah mengetengahkan kelebihan pasta sebagai masakan yang  enak untuk dihidangkan dalam pelbagai cara.
Photo-5.JPG
Pasta San Remo telah melalui beberapa perubahan dengan kepakaran dari Chef Rose  Weiss, yang bukan sahaja telah menjelajah ke seluruh dunia tetapi juga seorang hos TV popular.
Photo-4-(1).jpg
Chef Rose telah menggantikan sos-sos pasta yang berasaskan keju, susu dan tomato yang biasa digunakan dengan bahan-bahan tempatan seperti asam keping,  belacan dan cili padi di dalam masakannya. Malah Chef Rose telah memperkenalkan  dua resipi baru iaitu San Remo Angel Hair Goreng Pedas Ala Mamak dan Sup Lala 
Photo-3.jpg
Selepas melihat bagaimana Chef Rose menyediakan dua sajian berasaskan pasta San Remo, wakil media dibahagi kepada beberapa kumpulan dan diberi peluang untuk mencuba kebolehan mereka. Mereka diberi resipi bagi satu hidangan, iaitu Salad  San Remo Vegeroni Spirals Ikan Bilis Ala Melayu. Mereka ternyata begitu teruja dan bersungguh-sungguh untuk belajar kerana melalui penerangan yang diberi Chef Rose, 
Photo-1.jpg
 
Untuk maklumat lanjut tentang San Remo dan resipi, sila ke laman www.sanremo.com.au.
 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: