Nov 11, 2014 - 4

Tips Hadapi 'FIRST DATE' yang Perfect!

Temujanji pertama sangat mengujakan. Dalam masa sama ia adalah pengalaman yang menakutkan buat sebahagian wanita terutamanya yang sudah lama single.

Temujanji pertama sangat mengujakan. Dalam masa sama ia adalah pengalaman yang menakutkan buat sebahagian wanita terutamanya yang sudah lama single. First impression atau padangan pertama ketika temu janji pertama adalah sangat penting. Mudah, dengan hanya satu kesalahan kecil boleh membawa kepada disaster date dan mungkin ini adalah kali pertama dan terakhir anda akan berjumpa dengan si dia. Beirkut adalah 5 kesalahan yang perlu dielakkan oleh wanita ketika temujanji pertama;
first_date_retouched_duo-2_wide-631dda67d6bbe3652e2ede93193fa3ed3a187cfd.jpg

1. Jangan berpakaian terlalu seksi.

Tipu jika bilang lelaki tidak suka melihat tubuh wanita yang seksi dalam pakaian membiaskan aset wanita. Tetapi ingat, si dia mungkin akan menganggap anda memberi isyarat yang salah. Kenakan pakaian yang selesa tetapi masih menunjukkan siluet badan anda. Biar dia bermain dengan imaginasi sendiri dan mungkin anda akan mendapat temujanji yang kedua.

2. Background check.

Ada yang suka mengambil risiko tanpa berfikir terlebih dahulu. Tetapi tiada salahnya jika anda membuat sedikit background check sebelum pergi bertemu si dia. Facebook adalah tempat permulaan yang baik untuk melihat apa yang dia suka. Bila ada awkward moment semasa temujanji itu, mula berbicara tentang post terbaru ataupun muzik kegemaran dia. Make it as natural as possible, jangan pula dia ingat anda seorang stalker!

3. Jangan terlalu personal.

Jangan beritahu apa yang terjadi pada perhubungan cinta yang lalu. Ia memberi petunjuk yang anda belum lagi move on dari ex anda. Juga jangan cerita permasalahan keluarga anda. Perbincangan seperti ini terlalu berat untuk date pertama. Mulakan dengan beritahu serba sedikit tentang diri seperti hobi anda.  First date ada sesi mengenali pasangan anda secara dasar, tidak perlu tergopoh-gopoh untuk beritahu segalanya.
The-First-Date013B.jpg

4. Pergerakan mata.

Menjadi kebiasaan kala keluar bersama rakan-rakan, anda menggunkan telefon pintar untuk update Twitter dan Instagram. Jangan lakukan pada date pertama! Kunci pergerakan anak mata pada si dia. Selain menunjukkan anda interested pada sesi perbualan, ia juga memberi isyarat yang anda seorang yang berkeyakinan dan jujur. Ingat ini bukan pertandingan melawan mata. Alihkan gerak mata anda sekali-sekala.

5. Jangan add him on Facebook atau laman sosial lain.

Adalah menjadi kebiasaan kini untuk ‘add as friend’ atau ‘follow’ rakan yang baru anda jumpa di lama social seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Bagi date yang baru saja anda kenali, jangan lalukan sedemikian. Ia memberi isyarat yang menakutkan kepada si dia kerana anda seperti mahu stalk kehidupan ‘peribadi’nya. Set temujanji kedua supaya ia lebih selesa untuk kenali lebih dalam. 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: