Nov 21, 2014 - 6

Astro Box Office BollyOne HD ke Kuala Terengganu.

Astro Box Office BollyOne HD akan bersama anda pada hari Sabtu, 22 November di Mydin Gong Badak, Kuala Terengganu.

Astro Box Office  BollyOne HD akan bersama anda pada  hari Sabtu, 22  November di Mydin Gong Badak, Kuala Terengganu. Pelbagai program menarik menanti anda pada hari tersebut bermula jam 8 hingga 10 malam. Bagi yang belum lagi mengenali saluran ABO BollyOne HD, saluran ini telah pun memperkenalkan pelbagai paparan dan filem-filem Bollywood yang sangat menarik. Pelbagai rancangan dan filem-filem Hindustan di ABO BollyOne HD sudah pastinya akan menjadi pilihan  utama bagi peminat -peminat filem Bollywood tanahair. 
2753-BollyOne-HD-BillBoard.jpg
Selain sesi bagi memperkenalkan BollyOne HD, ada juga pelbagai persembahan tarian menarik, pertandingan filem-filem Bollywood, sesi cabutan bertuah, dan juga persembahan nyanyian lagu- lagu Bollywood oleh finalis realiti program Akademi Fantasia 2014 seperti Nina, Zarif dan Azwan. Dengan adanya sesi suai kenal bersama finalis Akademi Fantasia dan juga pengacara majlis, turut berlangsung pada hari tersebut adalah beberpapa pertandingan yang akan menggandingkan anda bersama finalis Akademi Fantasia. Contohnya,  pertandingan yang akan membawa pengunjung naik ke atas pentas bersama penyanyi dan pelbagai acara  menarik menanti anda yang berada di Mydin Gong Badak,  Kuala Terengganu!

Turut meriahkan acara mega ini adalah pengacara HLive! seperti Dahlia dan CK Faisal juga merupakan pengacara majlis yang akan bersama-sama anda pada hari Sabtu ini!Jangan lepaskan peluang keemasa anda untuk bertemu para selebriti kegemaran anda di Mydin Gong Badak Sabtu ini, 22 November 2014 jam 8 malam hingga 10 malam. Anda pasti tidak akan rugi apabila dapat mecuri peluang keseronokan bersama-sama sanak saudara dan keluarga di Fiesta Bollywood ini nanti dan kenalilah Dunia Bollywood yang kami bawakan untuk anda.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: