Sep 22, 2015 - 2

[FILEM] Jwanita filem paling seram dan psyco 2015

Filem jurnal seram, psyco thriller mengisahkan seorang gadis yang mengalami penderaan mental dan fizikal, bernama Jwanita...

  Jwanita-Film-2.jpg

Filem paling seram arahan Osman Ali, Jwanita bakal ditayangkan pada 24 September 2015 dengan barisan pelakon hebat seperti Maya Karin, Bront Palarae, Cristina Suzanne, Marsha Milan Londoh, Umie Aida, Epy Naxadman dan Riff Omar.  Filem jurnal seram, psyco thriller mengisahkan seorang gadis yang mengalami penderaan mental dan fizikal, bernama Jwanita.  Masalah mental yang serius dilalui Jwanita disebabkanoleh ibu bapa angkatnya yang merupakan pengamal ilmu hitam dan sering menderanya sejak kecil.

Jwanita telah bertindak kejam dengan membunuh kedua ibu bapa angkatnya itu dan dia telah dihantar untuk dirawat oleh seorang doktor psikiatri bernama Farhan. Jwanita merasakan Farhan boleh memberinya sinar baru menyebabkan dia menyimpan perasaan terhadap jejaka tersebut.

Namun berubah apabila Farhan sebenarnya sudah berkahwin dengan Julaika yang juga merupakan adik kandung. Selepas hari perkahwinan mereka, Jwanita telah menghilangkan diri dan kembali dengan sebuah dendam kesumat.Kematian demi kematian yang mengerikan berlaku setelah kehadiran Jwanita. Setiap orang yang mati dibunuhnya akan dibangkitkan kembali menjadi abdi bagi membalas dendamnya.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  Jwanita