Jan 13, 2016 - 1

[HIBURAN] Dokumentari khas Tun Abdul Razak : 40 tahun dalam kenangan

Astro bakal siarkan program dokumentari istimewa iaitu ‘Tun Abdul Razak : 40 Tahun Dalam Kenangan’...

 Astro bakal siarkan program dokumentari istimewa iaitu ‘Tun Abdul Razak : 40 Tahun Dalam Kenangan’  sebagai tanda memperigati pemergian Allahyarham Tun Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein Al-Haj yang meninggal dunia pada 14 Januari 1976. Program ini akan bersiar pada 14 Januari 2016 di Astro Prima (saluran 105) dan Astro Maya HD (saluran 135) pada jam 9.00 malam. Kemudiannya disusuli dengan “A Leader’s Legacy: Tun Abdul Razak” pada hari yang sama bermula jam 10.00 malam di National Geographic Channel (saluran 553), National Geographic Channel HD (saluran 573) dan Astro Awani (saluran 501).

Dokumentari istimewa ini disediakan khas untuk mengenang jasa Allahyarham Tun Abdul Razak bukan sahaja merakamkan perjuangan beliau tetapi kehidupannya sebagai pemimpin, suami dan ayah kepada lima orang anaknya. Fokus utama turut tertumpu kepada perwatakan, kebijaksanaan, wawasan serta ketajaman perhitungan politik yang telah menjadikan beliau dihormati oleh rakyat Malaysia dari pelbagai kaum.

Buat julung-julung kalinya, pihak produksi Astro berjaya mendapatkan kebenaran untuk mengadakan wawancara khas bersama isteri Allahyarham Tun Abdul Razak, Toh Puan Rahah binti Tan Sri Mohammad Noah dan kesemua lima orang anaknya, termasuk Perdana Menteri YAB Dato' Sri Mohd. Najib Razak, Datuk Nazim Razak, Datuk Johari Razak, Datuk Nizam Razak and Datuk Seri Nazir Razak. Jangan lupa saksikan dokumentari khas “Tun Abdul Razak: 40 Tahun Dalam Kenangan”
 
Datuk-Nazim-Razak-bersama-bonda-beliau,-Toh-Puan-Rahah-di-Bangunan-Sri-Taman.pngDatuk-Seri-Nazir-Razak-bersama-Datuk-Nizam-Razam-ketika-diwawancara-Astro.jpgPerdana-Menteri-melihat-taman-di-Bangunan-Sri-Taman-yang-menjadi-tempat-permainan-beliau-sewaktu-kecil-dahulu.jpgDatuk-Seri-Nazir-Razak-menyingkap-kembali-kisah-kisah-lama-beliau-bersama-Allahyarham-Tun-Abdul-Razak.jpgToh-Puan-Rahah-Binti-Tan-Sri-Mohammad-Noah,-bonda-Perdana-Menteri-Malaysia-menceritakan-memori-beliau-bersama-Tun-Abdul-Razak.jpg

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.