Apr 06, 2015 - 1

Kisah Sebenar Kenapa Shaheizy Sam Gelar Ibunya “Wakil Rakyat”

11083779_974264482617867_6688455008798625348_o.jpg
Anak bongsun daripada empat beradik ini atau lebih mesra dengan panggilan ‘Adik’ adalah yang paling manja dan akrab dengan ibunya. Bagi Sam, tiada apa yang dapat mengganti jasa dan pengorbanan ibu yang bersusah-payah membesarkannya selepas pemergian ayah. Ujar Sam, “Saya nak balas jasa Mummy. Saya sedar walau segunung intan dan permata dilambakkan sekalipun, jasa Mummy yang melahir dan membesarkan kami adik-beradik tanpa suami di sisi, tak mungkin dapat saya balas. Mummy bukan saja ibu, tapi sahabat baik saya dalam apa jua keadaan. Baik masa susah atau senang, Mummy selalu ada. Mummy seorang yang easy going dan ‘sempoi’.

Kadang-kadang kami menggelarkan Mummy ‘Wakil Rakyat’ sebab sifat dia yang peramah dan cepat mesra dengan sesiapa saja. Pantang ada orang tersenyum kepadanya, mesti dia tegur dan buat kawan. Tapi jangan buat Mummy ‘naik hantu’, pasti satu kawasan perumahan boleh dengar suaranya bertempik, haha... tak payah pakai mikrofon! Selalunya kakak, (Zizie) paling kerap kena marah. Saya jarang sekali, kah-kah-kah,” jelasnya sambil tertawa.

Masih belum terlambat untuk InTrend ucapkan tahniah kepada Pemenang Anugerah Bintang paling popupar ini.  

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: