Nov 07, 2014 - 3

Lelaki Harapan Dunia Terpilih Ke Festival Filem Antarabangsa Kolkata

Lelaki Harapan Dunia (judul Inggeris 'Men Who Save The World’), ditulis dan diarahkan oleh Liew Seng Tat telah dipilih dalam kategori Asian Select, bersaing dengan 7 filem lain untuk Anugerah NETPAC

Lelaki-Harapan-Dunia.jpg
Lelaki Harapan Dunia (judul Inggeris 'Men Who Save The World’), ditulis dan diarahkan oleh Liew Seng Tat telah dipilih dalam kategori Asian Select, bersaing dengan 7 filem lain untuk Anugerah NETPAC (Network for the Promotion of Asian Cinema).

Tayangan perdana dunia untuk Lelaki Harapan Dunia ialah di Festival Filem Antarabangsa Locarno pada Ogos 2014. Pada bulan September 2014, tayangan perdana di Amerika Utara ialah di Festival Filem Antarabangsa Toronto, diikuti oleh tayangan perdana Asia di Festival Filem Antarabangsa Nara di Jepun di mana ia telah dipilih untuk pertandingan utama. Dalam bulan Oktober lepas, ia terus maju di festival filem antarabangsa dan telah menyertai Festival Filem Antarabangsa Vancouver yang ke-33. dan  Festival Filem Antarabangsa Busan yang ke-19 yang merupakan salah satu festival filem yang paling penting di Asia.
 
Lelaki Harapan Dunia akan menemui penonton Malaysia di layar perak pada 27 November 2014.
Ikuti berita-berita terkini tentang filem ini dengan melanggani laman www.facebook.com/lelakiharapandunia

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: