Apr 21, 2015 - 7

Lisa Surihani & Ziana Zain Jadi “Hakim” Untuk Rancangan Asia’s Got Talent?

#

dfvwevcewcvw.jpg
Kembara pencarian bakat ini akan diadakan di seluruh negara bersama Giant dan Tesco sepanjang bulan April 2015. `P&G and Giant Talent Search’ akan diadakan di cawangan-cawangan Giant di Kuantan (12 April), Stadium Shah Alam (19 April), Kota Damansara (19 April), Plentong, Johor Bahru (26 April) dan Tampoi, Johor Bahru (26 April) dan akan digabungkan di pertandingan akhir pada 2 Mei ini di Subang Jaya dengan dihakimi pelakon popular Lisa Surihani (Duta Jenama untuk Head & Shoulders dan Oral B) serta selebriti jemputan Ziana Zain. ‘P&G and Tesco Shoppers With Talent’ akan diadakan di cawangan-cawangan Tesco di Ampang dan Shah Alam pada 26 April dan 3 Mei dan akan dihakimi oleh selebriti jemputan Dafi Ismail Sabri. Antara selebriti-selebriti jemputan lain untuk pencarian bakat di seluruh negara itu termasuklah Sazzy Falak, Fahrin Ahmad dan Nana Mahazan.

Secara keseluruhannya, tiga pemenang akan menerima percutian yang ditaja sepenuhnya untuk dua orang selama 3 hari 2 malam untuk menyaksikan pertandingan akhir ‘Asia’s Got Talent’ secara LANGSUNG di Singapura dan berpeluang bertemu hakim selebriti jemputan iaitu Anggun. Ikon muzik rock yang popular dengan lagu ‘Snow in the Sahara’ dan Artis Indonesia 3_FBAGT-01.jpgPaling Laris Di Dunia ini juga merupakan Duta Jenama Pantene.

Pantene merupakan Rakan Kongsi Penjagaan Rambut Rasmi untuk ‘Asia’s Got Talent’. Dengan slogan ‘Time to Shine’, Jenama Perapi Rambut No.1 Dunia* ini menggalakkan para wanita untuk memberi tumpuan kepada kelihatan dan berasa cantik dari dalam dan luar untuk mendapatkan keyakinan supaya bersinar dan menjadi versi No.1 diri mereka. Maklumat lanjut mengenai Pencarian Bakat P&G boleh didapati di

www.asiasgottalent.tv/pantene dan ‘Asia’s Got Talent’ di asiasgottalent.tv .

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: