Aug 24, 2015 - 2

[SERAM] Sebab Kenapa Filem Jwanita Dijangka Paling Seram 2015

kebanyakan filem arahannya lebih kepada genre drama dan romantik komedi. Kini, belaiu tampil dalam ganre filem yang berbeza...

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan karier pengarah terkenal, Osman Ali, pastinya akan sedar apabila sepanjang bergelar seorang pengarah filem cereka sejak sedekad yang lalu, kebanyakan filem arahannya lebih kepada genre drama dan romantik komedi. Kini, belaiu tampil dalam ganre filem yang berbeza.
 
Filem seram yang bakal menemui anda pada 24 September 2015. Jwanita mengisahkan tentang seorang gadis yang mengalami penderaan mental dan fizikal, menyebabkan dirinya menjadi seorang yang tertekan dengan masalah mental yang serius. Ianya diakibatkan oleh ibu bapa angkatnya yang merupakan pengamal ilmu hitam dan sering menderanya sejak kecil.
_MG_2112.JPG
Jwanita telah bertindak kejam dengan membunuh kedua ibu bapa angkatnya itu dan dia telah dihantar untuk dirawat oleh seorang doktor bernama Farhan. Merasakan Farhan boleh memberinya sinar baru dan dia menyimpan perasaan kepada jejaka tersebut. Namun segalanya hanya tinggal kenangan apabila Farhan sebenarnya sudah bertunang dengan Julaika yang juga merupakan adik kandung Jwanita. Sejauh mana kisah mereka berakhir? Nantikan filem ini di pawagam tidak lama lagi.
 
Filem ini juga di sertakan dengan OST Video muzik untuk lagu Dendam Cinta dinyanyikan oleh Alyah  manakala lirik dan komposer dihasilkan oleh  Nurzaidi Abd Rahman dan diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd diedar oleh Warner Music Malaysia.
 _MG_2252.JPG
“Lontaran vokal oleh Alyah sememangnya menjadikan lagu Dendam Cinta ini sesuai untuk dinyanyikan olehnya,” ujar Nurzaidi.
 
“Saya melihat emosi yang ditunjukkan oleh Alyah semasa menyanyikan lagu ini benar-benar seperti yang ingin saya lihat,” ujarnya Osman Ali selaku pengarah Jwanita.
 
Berikut merupakan link dari Youtube untuk lagu Dendam Cinta:


 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: