Aug 05, 2015 - 6

[TRENDING] Siapakah Wakil Malaysia bakal berjuang dalam MasterChef Asia?

tiga “chef rumah” (home chefs) dari Malaysia akan beradu di edisi sulung pentas MasterChef Asia

MasterChef-Asia-season-1-Contestants_lr.jpg
Bakal ditayangkan pada 3 September, setiap hari Khamis jam 9 malam di Lifetime (Saluran Astro 709), tiga “chef rumah” (home chefs) dari Malaysia akan beradu di edisi sulung pentas MasterChef Asia, rancangan pertandingan masakan paling berjaya di dunia. Mereka bukan hanya bertanding untuk diri sendiri, tetapi juga mewakili negara masing-masing dalam usaha untuk merebut gelaran utama MasterChef Asia.

Malaysia diwakili dengan bangganya oleh Jasbir Kaur (dari Kuching), Marcus Low dan Sophia Zulkifli.
Untuk maklumat lanjut tentang tiga peserta #MalaysiaBoleh ini, laman web http://msn.com/masterchefasia.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: