Dec 07, 2015 - 2

[TRENDING] Tahniah! Kim Kardashian dan Kanye West sambut kedatangan ahli baru

Kim Kardashian dan Kanye West baru sahaja menerima ahli baru dalam keluarga mereka...

 Kim Kardashian dan Kanye West baru sahaja menerima ahli baru dalam keluarga mereka pada Sabtu,  5 Disember lalu. Kim Kardashian mengumumkan berita baik ini di laman Instagram dan Twiter miliknya.  Kanye dan Kim amat mengalu-alukan kedatangan bayi lelaki mereka. Ini adalah anak kedua bagi pasangan Kim dan Kanye selepas kelahiran  anak perempuan mereka, North West. Kelahiran bayi ini tidak mempunyai sebarang komplikasi kerana Kim telah menjalani beberapa prosedur perubatan untuk memastikan kelahiran bayi dengan selamat.  Tahniah atas penambahan ahli keluarga baru buat, Kimye! Pastinya ramai tidak sabar nama apakah yang akan diberikan oleh Kim Kardashian dan Kanye West.

 
 

XX LOVE U XX

A photo posted by Kanye West (@kanyewestworld) on

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.