Feb 04, 2016 - 10

[Eksklusif] Disebalik detik bahagia baru buat Atita, Opi dan Nas T

Ketahui detik permulaan cinta mereka menerusi temubual eksklusif Atita dan Nas T beberapa hari sebelum pernikahan mereka...

  Tahniah kepada Nas T dan Atita selamat berkahwin secara tertutup pada hari Jumaat minggu lepas, kini pasangan ini sah bergelar suami isteri. Lebih terbuka mengenai pernikahannya, apabila Atita memuat naik beberapa foto sekitar majlis akad nikah menerusi akaun Instagram miliknya.  Tahniah kepada Nas T dan Atita, semoga kekal sehingga ke akhir hayat. Malah, InTrend berkesempatan temubual ekesklusif beberapa hari sebelum pernikahan mereka.

Ciri-ciri ada pada Nas T sekali gus membuat Atita bersetuju bergelar isteri kepadanya?
Dia tidak pernah sama sekali cuba mengambil kesempatan terhadap saya walau memegang tangan sekalipun hingga ke hari ini. Dia menghormati dan menerima saya seadanya. Dia seorang lelaki yang kelakar dan mudah dibaw berbincang. Jika berlakunya perselisihan faham antara kami, mudah untuk mencari jalan penyelesaian dan mengakhiri kekeliruan yang berlaku. Walaupun ada yang mengandaikan dia seorang yang garang kerana lagaknya serius sahaja, sebenarnya dia mempunyai hati yang lembut dan jiwa sensitif.

Cara Nas T melamar Atita sebagai suri hidupnya?
Hahaha…dia romantic dengan caranya yang tersendiri. Sepanjang perkenalan kamai, Nas T sering mengingatkan saya bahawa dia benar-benar mahu serius dalam perhubungan ini. Kisahnya, pada suatu malam dia print screen gambarnya yang sedang asyik berbula bersama sepupunya yang juga seorang perancang perkahwinan. Dia hantar foto tersebut kepada saya dan terkedu saya seketika. Itu antara kejutan paling istimewa sepanjang perkenalan kami. Melihat kiriman foto tersebut, saya mula memahami akan hasrat dan kesungguhan Nas T yang ternyata serius mahukan pengakhiran yang indah dalam hubungan kami. Ia berlaku sekitar enam hingga tujuh bulan selepas kami berkenalan.

Nast-atita-2.jpgNast-atita3.jpg

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.