Sep 09, 2014 - 5

Future Music Festival Asia 2013 LEBIH EPIK!

Put your dancing shoes on dan bersedia untuk berhibur di Future Music Festival Asia bulan ini.

FA_PCON_A3_121105-01.jpg

Put your dancing shoes on dan bersedia untuk berhibur di Future Music Festival Asia bulan ini. Future Entertainment Australia bersama Livescape Asia bakal membawakan sebuah festival muzik mega, yang akan berlangsung pada 15-16 March ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Barisan artis dan pemuzik dari seluruh dunia akan menghiburkan kira-kira 40,000 yang dijangka akan membanjiri festival selama dua hari ini. Persembahan bertaraf lagenda ‘A State of Trance: The Expedition World Tour’ oleh Armin Van Buuren selain The Prodigy, PSY, Rita Ora, Bloc Party, The Temper Trap dan Fun. akan diadakan di empat pentas berasingan, pasti memberi kepuasan maksima dan pengalaman hebat buat semua peminat muzik dalam dan luar negara. Tiket boleh didapati di www.futuremusicfestival.asia juga kaunter Rock Corner, Victoria Music, TicketPro dan AirAsia Red Tix. Untuk keterangan lanjut, layari facebook.com/futuremusicasia.  

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.