Oct 15, 2014 - 1

Hunny Madu & Kayda – ‘Go Hard Or Gostan’

Hunny Madu dan Kayda telah bekerjasama dan menghasilkan single terbaru mereka yang bertajuk ‘Go Hard or Go Stan’. Single terbaru mereka ‘Go Hard or Gostan’ ini mengisahkan perjalanan mereka berdua dalam mengejar impian


Di arena industri muzik Malaysia kini, hip-hop/rap merupakan salah satu aliran muzik yang berpengaruh besar bukan sahaja di ibu kota malah di kawasan pedalaman juga. Hip-hop/Rap yang sinonim dengan barisan artis-artis lelaki kini telah digandingkan atau pun diwarisi kepada artis-artis wanita juga.  Di Malaysia, muzik hip-hop/rap dikait rapat dengan budaya remaja dan meliputi aspek aspek kehidupan seperti kekeluargaan, percintaan, sehingga lah kepada keyakinan diri.
 
Walaupun dipelopori oleh kaum lelaki, ini tidak menjadi penghalang kepada kaum wanita untuk menceburi bidang rap ini.  Nama nama seperti Lady D, Mizz Nina, Quotazn, Arabyrd dan Muchachaz sering menjadi bualan ramai terutama sekali di dalam ‘dunia’ hip-hop/rap tempatan.  Pada tahun ini, Warner Music Malaysia dengan bangganya mempersembahkan dua lagi artis rap wanita tempatan iaitu Hunny Madu dan Kayda.  Gandingan mereka berdua mampu membawa legasi artis artis wanita rap sebelumnya, ini boleh dibuktikan dengan persembahan bertenaga mereka yang telah mereka pelajari sepanjang pengalaman di dalam industri muzik tempatan.

Hunny-Madu-Kayda-2.jpg
 
Hunny Madu dan Kayda telah bekerjasama dan menghasilkan single terbaru mereka yang bertajuk ‘Go Hard or Go Stan’. Single terbaru mereka ‘Go Hard or Gostan’ ini mengisahkan perjalanan mereka berdua dalam mengejar impian mereka untuk menulis lagu hip-hop/rap dan sekali gus mengetengahkan kebanggaan masing masing sebagai seorang rakyat Malaysia.  Kejayaan ‘Go Hard or Gostan’ bukan sahaja di mulut para pendengar malah di corong radio juga, lagu tersebut telah menempah nama dengan berada No 1 di carta Hitz.Fm selama 6 minggu berturut-turut.  Kehadiran mereka akan memeriahkan lagi industri dengan single terbaru mereka ‘Gucci Dowh’.  Kedua dua lagu tersebut boleh didapati secara digital di iTunes, Spotify, dan KKBox pada 14 Oktober tahun ini.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: