Mar 11, 2015 - 2

Konsert Ed Sheeran, Faizal Tahir buat persembahan pembukaan

“Ed Sheeran Live in Kuala Lumpur” akan menampilkan seorang artis terkemuka tanah air iaitu Faizal Tahir sebagai penyanyi pembukaan...

dscvwecwe.jpg
Buat julung kalinya, Ed Sheeran yang cukup dikenali dengan lagu ‘The A Team’, ‘Don’t’, dan ‘Thinking Out Loud’ akan menjejakkan kakinya ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan peminatnya pada 16 Mac 2015 di konsert “Ed Sheeran: Live In Kuala Lumpur” yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre.

Seiring dengan itu, “Ed Sheeran Live in Kuala Lumpur” akan menampilkan seorang artis terkemuka tanah air iaitu Faizal Tahir sebagai penyanyi pembukaan di konsert tersebut. Faizal yang terkenal dengan aksi energetik di atas pentas dan gaya persembahan yang unik serta berkarisma tinggi pasti akan memukau para penonton.  Faizal tidak pernah mengecewakan para peminat semenjak beliau mula menyertai pertandingan One In A Million mahupun di majlis-majlis anugerah berprestij tanah air.

Malahan  Faizal pastinya akan menunaikan permintaan ramai yang selama ini  menginginkan beliau  kembali beraksi di pentas berskala besar dan akan membuatkan penonton tidak senang duduk dengan persembahannya. Faizal yang kini kembali dengan single terbaru ‘Assalamualaikum’ telah mendapat sambutan yang hangat dan telah mengungguli  beberapa carta radio tempatan dalam tempoh yang amat singkat.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: