Nov 23, 2015 - 1

[MUZIK] Gempar! Datuk Seri Vida Sponser Nizam Laksaman ke Mekah

Tersingkirnynya Nizam minggu ini adalah kemenangan sebenar yang telah dicapai olehnya apabila Nizam dipelawa oleh Datuk Seri Vida...

 
 Konsert Gegar Vaganza 2, minggu keenam berakhir dengan penyingkiran Nizam Laksmana. Tersingkirnynya Nizam minggu keenam adalah kemenangan sebenar yang telah dicapai olehnya apabila Nizam dipelawa oleh Datuk Seri Vida mengerjakan umrah pada hujung tahun ini. Menurut Nizam, dia berasa bersyukur dan  berterima kasih kepada Datuk Seri Vida merealisasikan impiannya bersama isteri untuk menjejakkan kaki di tanah suci. Sungguhpun gegaranya telah terhenti, dia tetap bersyukur kerana telah berjuang dan tidak menyerah kalah walaupun kondisi kesihatanya tidak mengizinkan. Apa-apa pun tahniah kepada Nizam Laksamana kerana berjaya mengharugi program realiti Gegar Verganza 2 sampai ke tahap ini.

nizam-2.jpg
nizam-3.jpg

Sumber gambar : Gegar Vanganza Facebook
Sumber artikal : Astro Awani

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.