Jan 12, 2016 - 3

[MUZIK] Gempar! Tyka melihat persembahan Misha Omar melalui tontonan video di YouTube

Ingin menjadi seperti ikonnya Nor Amierazatyka binti Ayob, 21, atau lebih dikenali sebagai Tyka hanya meluangkan masa...

Ingin menjadi seperti ikonnya Nor Amierazatyka binti Ayob, 21, atau lebih dikenali sebagai Tyka hanya meluangkan masa selama satu minggu dihadapan skrin komputer hanya menonton persembahan Misha Omar di laman YouTube. Ternyata berbaloi apa yang dilakukan oleh Tyka, apabila dia dinobatkan sebagai juara Ikon Misha Omar.

Mendendangkan lagu berhantu nyanyian Misha Omar yang popular pada tahun 2011, Ku Seru, dengan setiap pergerakan dan ekspresi wajah serta lontaran vokal yang mantap, Tyka persis dengan penyanyi asal sehingga Misha hilang kata-kata dengan melihat persembahan Tyka. Malah dia, berjaya menyahut cabaran pelantun lagu Bunga-Bunga Cinta itu untuk mendendangkan antara lagu sukar nyanyian beliau, Adam dan Hawa. Laluan anak kelahiran Johor ini sebelum muncul juara tidaklah mudah apabila menerima saingan sengit daripada Puteri Wannur Nabila binti Ramli, 19, atau Bella (Pahang), pencabar beliau dalam segmen Caras Mencaras yang menyaksikan dua finalis ini berentap menerusi lagu pilihan Misha, Adam dan Hawa. Turut bersama mereka adalah  Nor ‘Ainza binti Amin Nuddin, 22 (Selangor) dan Afreza binti Amir Hamzah, 30 (Sabah).  

Episod seterusnya bakal menampilkan Ikon Ziana Zain. Mampukan para peserta menarik suara seperti Ziana Zain? Ayuh sama-sama kita saksikan Seiras Seirama episod lima yang bakal menemui penonton pada hari Ahad (17 Januari 2016), jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Datuk-Aznil-empat-peserta-Seiras-Seirama-Ep-Ikon-Misha.jpgNor-Amierazatyka-1.jpgTyka,-Allahyarham-Pak-Yus,-Misha,-Datuk-Aznil,-Mimie-(Pengurus-Misha).jpgIkon-Misha-Omar.jpg

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.