Oct 07, 2014 - 4

Perang Justin Biber & Orlando Bloom

Kecoh sebentar dunia hiburan antarabangsa apabila tercetusnya pergaduhan diantara pelakon Pirates of The Caribbean, Orlando Bloom dengan bintang idola pop remaja, Justin Bieber

Orlando-bloom-(1).jpg
Sumber oleh murai.com.my. Video TMZ. Kredit foto mirror.co.uk.
 
Kecoh sebentar dunia hiburan antarabangsa apabila tercetusnya pergaduhan diantara pelakon Pirates of The Caribbean, Orlando Bloom dengan bintang idola pop remaja, Justin Bieber pada malam Rabu lepas di pulau peranginan Ibiza, Sepanyol.

Orlando dikatakan telah melayangkan penumbuknya kepada Justin Bieber di dalam sebuah restoran terkenal, Cipriani di Ibiza pada awal pagi Rabu dan ia disaksikan pengunjung. Justin Bieber pula telah dikatakan beredar selepas insiden tersebut. Tindakan bekas suami kepada Miranda Kerr, peragawati terkenal yang juga merupakan salah seorang daripada Victoria Secret’s Angels itu dikatakan bermula akibat daripada provokasi daripada bintang remaja itu.
MAIN-Justin-Bieber-Orlando-Bloom.jpg
Justin dilaporkan telah tampil dan bersemuka dengan Orlando sebelum menjerit dengan ungkapan “What’s up b***h?” dan mengundang aktor tersebut membalasnya dengan tumbukan. Pengunjung restoran yang menyaksikan insiden itu memberikan tepukan sejurus Justin beredar meninggalkan lokasi.

Kisah ini dilaporkan bermula dengan dendam yang disimpan oleh Orlando Bloom terhadap bintang remaja itu setelah ada khabar mendakwa Justin dikatakan cuba mendekati Miranda Kerr selepas sebuah pertunjukan fesyen Victoria Secret pada 2012 di mana ketika itu Miranda masih lagi bergelar isteri kepada Orlando Bloom.

Ini disusuli dengan gambar yang memperlihatkan Orlando Bloom dan bekas teman wanita Justin iaitu Selena Gomez dikatakan bermesra selepas berparti bersama pada April tahun ini. Insiden pada awal pagi Rabu itu telah dirakam dan sebaik beredar Justin Bieber dikatakan terus menaikkan kemarahan Orlando dengan berkata 'Say hi to Miranda for me!'.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: