Jul 31, 2015 - 6

Suria FM Beri Ganjaran RM 30,000 Buat Peraduan Saat Panik

Saat-Panik.png
 
Apa yang anda akan lakukan jika sedang berdepan dengan saat panik? Di Suria  FM, jika anda berani berdepan dengan soalan-soalan panik kami, anda  berpeluang memenangi sebahagian daripada RM30,000 dengan hanya 6 saat.  Saat Panik di Suria FM akan bermula pada 3 Ogos sehingga 11 September  2015. Sepanjang enam minggu ini, Saat Panik akan keudara menerusi empat  segmen iaitu segmen Ceria Pagi bersama Adibah Noor dan Baki Zainal, 5 pagi hingga 10 pagi, segmen Ceria Suria bersama Brian Chen, 10 pagi hingga 1 tengahari, R&R Suria bersama Bob Ringgo, 1 tengahari hingga 4 petang dan segmen Ceria Petang  bersama Linda Onn, 4 petang hingga 8 malam.

Uji tahap keberanian anda dengan Saat Panik sekaligus berpeluang untuk memenangi sebahagian daripada RM30,000 di Suria FM bermula 3 Ogos sehingga 11 September 2015. Jangan cuak, cuba sampai muak. Untuk maklumat lanjut, layari www.suriafm.com.my dan www.facebook.com/SuriaFMMalaysia serta ikuti kami di Twitter dan Instagram di @suriafmmalaysia.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: