Oct 07, 2014 - 2

Taylor Swift Hiburkan 7,500 Peminat Malaysia

Walaupun baru pertama kali penyanyi dan komposer, Taylor Swift mengadakan konsertnya di ibu negara semalam, namun ia cukup memberi kenangan manis kepada 7,500 peminat yang hadir.

Taylor-swift-red-tour-opener-650-430.jpg
KUALA LUMPUR: Walaupun baru pertama kali penyanyi dan komposer, Taylor Swift mengadakan konsertnya di ibu negara semalam, namun ia cukup memberi kenangan manis kepada 7,500 peminat yang hadir.
 
Swift, 24 tahun, berada di Malaysia sempena konsert jelajahnya ‘The Red Tour’ yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
 
Pemenang tujuh kali Anugerah Grammy ini mendapat tepukan paling gemuruh ketika menghiburkan peminat dengan lagu hitnya seperti Red, Mean dan 22.
 
Swift membawakan sebanyak 13 lagu kesemuanya malam itu.
 
Di media sosial, rata-rata peminat mahukan agar Swift ke Malaysia lagi kerana tidak puas dengan persembahan 90 minitnya semalam.
 
Paling banyak diperkatakan adalah apabila penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu putus cinta ini cuba berbahasa melayu.
 
SUMBER : http://www.astroawani.com/
 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: