Dec 09, 2015 - 1

[TRENDING] Gempar! Album terbaru Adele tidak tercalon dalam Grammy 2016

Album Adele, 25 yang dilancarkan November, tidak dicalonkan dalam sebarang kategori...

 adele-41.jpgAlbum Adele, 25 yang dilancarkan November, tidak dicalonkan dalam sebarang kategori untuk Anugerah Grammy 2016. Ketiadaan Adele dan albumnya dalam senarai tersebut telah mencetuskan kemarahan di kalangan peminatnya yang terlupa satu perkara:

Album tersebut tidak memenuhi syarat kelayakan Grammy . Setiap karya yang dicalonkan perlu dilancarkan dalam tempoh yang ditetapkan. Bagi Grammy 2016, tarikh tersebut diantara 1 Oktober 2014 hingga 30 September 2015. Ablum Adele 25 dilancarkan pada 20 November 2015.
Buat para peminat Adele tidak perlu menunggu lama kerana Grammy 2017 dijangka akan didominasi oleh penyanyi yang telah memenangi enam anugerah Grammy pada tahun 2012. Meskipun tidak tercalon, Adele dijangka akan membuat persembahan untuk Grammy tahun ini.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.