Jan 05, 2016 - 4

[TRENDING] Gempar! Pemuzik jalanan ketepikan perserta lain untuk menjadi ikon Ella

Program Seiras Seirama membawa seorang pemuzik jalanan menjadi pilihan Ella...

 Program Seiras Seirama membawa seorang pemuzik jalanan menjadi pilihan Ella sebagai Ikonnya. Ella terkenal dengan tutur kata yang lembut dan manja serta suaranya serak-serak basah dan imej rock sudah sebati dengan jiwanya. Keunikan ini, seorang pemuzik jalanan berjaya membuat persembahan persis Ella dan secara tidak langsung menepis perserta lain.
Fazilah Asmar, 26,  anak kelahiran Sabah menjadi pilihan ratu rock Malaysia untuk mewakili Ella di pentas akhir Seiras Seirama. Mendendangkan lagu Gemilang, Fazilah menggunakan segala kelebihannya sebagai seorang pemuzik jalanan menonjolkan dirinya dan terus mencuri perhatian Ella. Nantikan persembahan daripada Fazilah Asmar mewakili ikonnya Ella di pentas akhir Seiras Seirama.  
 
Seiras-Seirama.jpgSeiras-Seirama-2.jpg

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.