Nov 14, 2015 - 5

[TRENDING] Gempar! Teater Muzikal Mak Cun gegarkan panggung Istana Budaya

Teater Muzikal Mak Cun dipentaskan di pentas berprestij Istana Budaya pada 14-22 November ini...

 
Gambar oleh : Ashraf (Yapperry)

Bermula dari drama bersiri,  kini Teater Muzikal Mak Cun dipentaskan di pentas berprestij Istana Budaya pada 14-22 November ini. Penerbit dan pengarah Erma Fatimah mahu menterjemahkan Mak Cun sebagai sebuah karya yang dipelbagaikan bermula dengan telefilem, drama episode, teater, filem dan animasi.
Meskipun pembawaan watak Mak Cun, wanita kampung yang kelam-kabut dan pekat bercakap dialek Utara, namun di sebalik semua itu ada mesej tersendiri yang ingin disampaikan. Pelakon yang menghangatkan pementasan teater terbitan Rumah Karya Citra terdiri daripada Erma Fatimah, Nora Danish, Balkish Semundur Khan, Ummi Aida,  Dato Rahim Razali, Ungku Ismail, Dafi dan penampilan istimewa oleh Ogy Ahmad Daud.
 
Tiket berharga RM36, RM76, RM86, RM106 dan RM156 boleh dibeli secara atas talian dengan melayari www.redtix.airasia.com atau mengunjungi kaunter tiket Istana Budaya.
InTrend berkesempatan menonton pementasan awal teater Mak Cun pada 13 November ini dan merakam beberapa gambar yang menarik ketika persembahan berlangsung.

1-(1).jpg


2-(1).jpg

4.jpg

5.jpg

6.jpg

7.jpg

8.jpg

9.jpg

10.jpg

11.jpg

12.jpg

13.jpg

3.jpg

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.