Apr 23, 2015 - 5

Ramalan Solekan Masa Depan, 10 Solekan Mengikut “Dekad” Buat Anda Terpegun

Maybelline New York meraikan ulang tahunnya yang ke-100! Untuk meraikan dan memberikan penghormatan kepada peralihan trend solekan dari tahun ke tahun

Hari ini, Maybelline New York adalah kosmetik warna #1 dunia yang boleh didapati di lebih daripada 129 buah negara di seluruh dunia, membawa glamor bandar raya New York ke hujung jari wanita, tidak kira di mana mereka berada. Bermula dari produk paling awal, iaitu produk bulu mata dan kening, Maybelline New York terus merentasi sempadan untuk menjadikan seni solek dapat dikecapi oleh semua wanita.

Tahun ini, Maybelline New York meraikan ulang tahunnya yang ke-100! Untuk meraikan dan memberikan penghormatan kepada peralihan trend solekan dari tahun ke tahun, artis-artis mekap Maybelline New York telah mencipta 10 solekan ikonik Maybelline yang mewakili setiap dekad, bermula dari tahun 1920-an.

1920-an
Flapper girls adalah antara yang pertama merasai kebebasan wanita, dengan ikon seperti Louise Brooks dan Joan Crawford yang menetapkan trend untuk zaman 20-an yang hebat.  Penampilan utama dekad itu adalah kening nipis melengkung ke bawah, solekan mata smokey yang dramatik dan gincu gelap.
Produk-produk:
Color Tattoo is ‘Audacious Asphalt’ – RM21.08
Blush Em’ – RM31.01
Big Eyes Mascara – RM48.64
 
 
1930-an
Maybelline-100th-Anniversary_1930s.jpg

Tahun 30-an adalah dekad gaya Art Deco, di mana keperibadian diraikan sepenuhnya. Penampilan ini lebih lembut dan lebih feminin, dengan kening melengkung, pembayang mata hitam dan bulu mata lebat. Perhatian tertumpu kepada bibir dengan warna merah bomba yang terang, ala Greta Garbo dan Jean Harlow.
Produk-produk:
Color Sensational in ‘Red Porcelain’ – RM31.68
Blush Em’ – RM31.01
Eye Studio Impact Shadow in ‘Black’ – RM17.90
 
1940-an
Maybelline-100th-Anniversary_1940s.jpg

Penampilan glamor diinspirasikan oleh bintang Hollywood klasik seperti Ava Gardner dan Audrey Hepburn. Penampilan dengan ciri kening melengkung yang menakjubkan dan menonjol, dipasangkan dengan celak hitam pada kelopak mata dan dilengkapkan dengan bibir merah yang berkilat di bawah cahaya.
Produk-produk:
Color Tattoo in ‘Tenacious Teal’ – RM21.08
Clear Smooth BB Cream – RM21.08
Color Sensational in ‘Pop 6’ – RM34.87
 
1950-an
Kehadiran simbol seks seperti Marilyn Monroe dan Brigitte Bardot menonjolkan gaya seksi dan ghairah ke tahap baharu.  Penampilan gaya ini merupakan suatu penghormatan kepada ikon-ikon tersebut dengan kening tebal dan jelas, celak cat-eye, gincu merah pekat dan tidak lupa juga aksesori yang sempurna.
Produk-produk:
Blush Em’ – RM31.01
Color Sensational in ‘Red Revival’ – RM31.68
Colossal Kajal Eyeliner – RM21.08
 
1960-an
Maybelline-100th-Anniversary_1960s.jpg

Dengan penampilan mod (moden) yang menjadi trend dalam dunia fesyen dan kecantikan, Twiggy menjadi salah seorang ikon terbesar dekad ini. Penampilan ini menyerlahkan bulu mata palsu, ditambah dengan celak grafik yang diserlahkan lagi dengan asas putih atau pastel. Bibir dihiasi dengan warna pastel lembut seperti merah karang, merah jambu atau pic.
Produk-produk:
Color Sensational Pink Alert in ‘Pow 3’ – RM31.68
Eye Studio Lasting Drama Gel Liner – RM42.28
Big Eyes Mascara – RM48.64
1970-an
Era disko menampilkan rambut kembang dan solekan semula jadi, yang dipopularkan oleh ikon seperti Farrah Fawcett dan Jane Birkin. Mencipta semula rupa 70-an dengan kening lebat, pembayang mata berwarna perang yang mengelilingi mata dan gincu beige untuk melengkapkan wajah dekad ini.
Produk-produk:
Big Eyes Shadow in ‘Smokey Brown’ – RM48.64
Blush Em’ – RM31.01
Volum’ Express Magnum Mascara – RM38.04
 
1980-an
Maybelline-100th-Anniversary_1980s.jpg

Penyanyi pujaan seperti Cyndi Lauper dan Madonna membuktikan bahawa menyerlah keperibadian dengan warna itu cool.  Gaya ini menyerlahkan tulang pipi serta gabungan pembayang mata pelbagai warna. Anda boleh gunakan mana-mana gincu berwarna terang untuk melengkapkan solekan wajah anda.
Produk-produk:
Eye Studio Hyper Cosmos – RM31.68
Volum’ Express Rocket Mascara – RM42.28
Color Show Lipstick in ‘114 Neon Pink’ – RM18.97
 
1990-an

Siapakah boleh lupa dengan Spice Girls dan Britney Spears? Ini adalah dekad solekan tampak semula jadi yang memberi tumpuan kepada ciri semula jadi seseorang.  Solekan mata ‘berbaur’ dengan gaya mata smokey yang dioles sempurna, pemerah pipi yang lembut serta gincu pastel kusam.
Produk-produk:
Master Liner in ‘Black’ – RM16.84
Fashion Brow Duo Shaper in ‘Grey’ – RM31.68
Color Sensational Bold Matte in ‘Mat 7’ – RM31.68
 
2000-an
Maybelline-100th-Anniversary_2000s.jpg

Dengan ikon seperti Sarah Jessica Parker dan si kembar Olsen, semua orang menggilai kehidupan mewah seperti yang ditonjolkan ketika mereka menghadiri acara sosial. Solekan sosialit yang ketara, tetapi tetap bergaya dengan kening yang dijelaskan, bulu mata lentik sempurna dan bibir merah jambu terang untuk menarik perhatian.
Produk-produk:
Color Tattoo in ‘Bold Gold’ – RM21.08
Color Sensational Pink Alert in ‘Pow 4’ – RM31.68
Volum’ Express Hypercurl Mascara – RM31.68
 
Masa Depan

Dalam menuju ke masa hadapan yang tidak diketahui, trend kecantikan menjadi lebih menawan  dan anggun. Kekal dengan gaya rupa abadi yang sesuai untuk ke mana-mana majlis dengan gaya: kening dibentuk semula jadi dan mata bercelak lembut dengan sedikit pembayang mata berwarna gangsa.  Selain itu bibir disolek dengan gincu merah klasik dalam kemasan kusam.
Produk-produk:
Blush Em’ – RM31.01
Color Tattoo in ‘Bad To The Bronze’ – RM21.08
Color Sensational Bold Matte in ‘Mat 5’ – RM31.68

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: