Oct 20, 2014 - 6

Nelydia Senrose Cantik Tanpa Botoks

Walaupun masih muda, harus ada kesedaran tentang perihal cantik agar pada usia emas nanti tidak menyesal dan terburu-buru mengejar sesuatu yang telah keciciran.

dsvfwefwef.jpg
Ketika sesi temu ramah ini, dia baru selesai menjalani penggambaran episode akhir drama bersiri, Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Dan, April ini dia akan terbang ke Paris untuk projek telemovie terbarunya nanti. Itulah penangannya! Kalau ada rupa nan cantik, bakat semula jadi dan budi yang molek, pasti lekas ‘dirisik’ orang untuk bekerjasama. Dialah, Nelydia Senrose; gadis ranum berusia 20 tahun, punya cerita cantik yang masih singkat tetapi penuh persediaan awal. Katanya, walaupun masih muda, harus ada kesedaran tentang perihal cantik agar pada usia emas nanti tidak menyesal dan terburu-buru mengejar sesuatu yang telah keciciran.
 
Adakah Nelly seorang yang cerewet dan prihatin tentang kecantikan diri?
Sebenarnya, Nelly seorang yang sangat simple. Nelly sukakan sesuatu yang ringkas tetapi tidaklah sampai mengabaikan penjagaan asas. Mungkin kerana sudah biasa bersolek apabila bekerja, membuatkan Nelly pilih kecantikan semula jadi untuk hari-hari biasa.
 
Pernah punya masalah berat badan?
Paling berat yang Nelly pernah miliki ialah 58kg! Waktu tu mulalah risau. Untuk kurangkan berat badan itu, Nelly elakkan pengambilan nasi. Nelly pastikan bersarapan dan makan tengah hari hanyalah dengan energ y bar, milo atau apa sahaja makanan lain yang ringkas tapi mengenyangkan. Paling penting, jangan makan selepas jam lapan.
 
Perlukah menjadi selebriti tampil cantik sepanjang masa?
Perlu mungkin kerana kita public figure. Serba-salah juga kadang-kadang. Kalau tidak bersiap nanti, orang mengata pula, lain dalam gambar, lain di luar. Apa pun, terpulang pada diri sendiri. Ia tidaklah wajib tetapi perlu untuk menjaga imej diri. Macam Nelly sendiri, apabila sudah puas bersiap ketika bekerja, ada masanya ingin kembali natural dan ringkas sahaja.
 
Adakah 20 tahun lagi, Nelly berasakan perlunya rawatan kecantikan sokongan seperti botoks atau suntikan yang semakin galak dilakukan wanita hari ini?
Rasanya tidaklah. Nelly sukakan kecantikan yang semula jadi. Mungkin, waktu itu nanti Nelly lipat gandakan usaha yang lebih dalam penjagaan diri. Kalau untuk penjagaan luaran seperti sapuan krim itu mungkin Nelly titik beratkan di masa akan datang. Lagi pula, Nelly takut jarum!
 
Definisi cantik pada mata Nelly sendiri?
Apabila seseorang itu tampil yakin dan tahu menjaga diri. Ia gabungan lengkap untuk menyerlahkan kecantikan sebenar.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: