Jun 15, 2015 - 2

Jom! Menangi tiket wayang filem POLTERGEIST

#

DF-08561_R.jpg
POLTERGEIST sebuah filem seram yang cukup epik dan penuh dengan nilai yang membuatkan penonton menjerit ketakutan. Meletakkan garapan hasil arahan dari pengarah berwibawa yang muda Gil Kenan yang mana pernah mengarah filem Monster House, filem Poltergeist versi terbaru ini menjanjikan babak-babak menarik.
Dibintangi oleh pelakon berkarakter seperti Sam Rockwell yang pernah kita lihat lakonannya dalam Iron Man 2 sebagai Justin Hammer dan juga pelakon jelita Rosemarie DeWitt, Nicholas Braun, Jared Harris dan Kyle Catlett.
_grd01-086405.jpg
POLTERGEIST mengisahkan mengenai roh jahat yang mengganggu sebuah keluarga, roh tersebut juga menculik Madison Bowen “Kennedi Clements” anak bungsu Eric Bowen “Sam Rockwell”, sehingga anak Eric terjebak di dunia lain. Untuk menyelamatkan putrinya, Eric Bowen bersama keluarga perlu berdepan dengan roh jahat yang mengganggu mereka dan membawa anaknya ke dunia lain.

 
 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: