Nov 03, 2014 - 4

Menang! Hamper Smashbox Rm375

Menang! 10x Hamper Smashbox Bernilai Rm375 Setiap Satu

a.jpg
Solekan Anggun Sentuhan Smashbox

Suntik keceriaan pada seraut wajahmu dengan barisan alat solek Smashbox Cosmetics yang dibangunkan oleh pasangan adik-beradik, Dean dan Davis Factor agar keperibadianmu terserlah indah. Ya, mulakan langkah bercantik-cantik dengan olesan Photo Finish Color Correcting Foundation Primer yang berperanan menyeragamkan tona kulit dan mengurangkan ketaraan bintik gelap. Daerah mata diwarnai dengan sapuan Photo Op Eyes Shadow Trio yang menawarkan pigmen warna menarik dengan tiga pilihan; warna asas, warna untuk membentuk kontur mata dan warna untuk highlighter. Kemaskan solekan mata dengan alitan celak Always Sharp 3D Liners di garis bawah mata. Sedikit sapuan O-Glow Intuitive Cheek Color with Goji Berry-C Complex™ memberikan efek kemerahjambuan pada buah pipi sekali gus membangkitkan seri. Jangan lupa ulas bibirmu ya! Oleskan Be Legendary Lipstick sama ada formula krim untuk kesan lembap berpanjangan atau matte yang menyediakan perlindungan antioksidan unggul agar warna bertahan lama. Ayuh, si gadis manis, raikan solekan Smashbox Cosmetics mulai hari ini.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: