May 20, 2015 - 2

Menangi 10x Pasang But PALLADIUM Bernilai RM369 Setiap Satu

PALLADIUM menawarkan Koleksi Musim Bunga/Panas 2015 dengan barisan but yang menggabungkan inspirasi daripada warisan Perancis dan pengaruh feminin

111.jpg
Tahukah anda , PALLADIUM menghasilkan but pertama selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua? Selepas enam dekad, jenama yang asalnya dibangunkan untuk menghasilkan tayar kapal terbang ini lebih menyerlah dalam penghasilan ‘item’ fesyen yang satu ini.

Memeriahkan ketibaan musim baru, PALLADIUM menawarkan Koleksi Musim Bunga/Panas 2015 dengan barisan but yang menggabungkan inspirasi daripada warisan Perancis dan pengaruh feminin, tanpa mengorbankan elemen klasik jenama ini seperti lugged outsole dan rubber toecap.

Koleksi but untuk wanita terdiri daripada Low Profile dengan potongan lebih rendah dan simbahan rona neutral dan pastel, Vintage Washed (dengan imej kusam bagai kasut terpakai), Heel ( ber tumit baji lurus dan masih mengekalkan elemen tradisional jenama ini) dan Macaron (mengambil inspirasi warna-warna macaron). Manakala but untuk lelaki membariskan Koleksi Vitage Wash yang menawarkan imej kusam bagaikan kasut terpakai dan Kolek si Linen + C anvas dengan pilihan material lebih ringan seper ti linen dan kanvas . But PALL ADIUM ini cantik digayakan dan selesa dipakai terutama kala berpergian. 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: