Apr 17, 2015 - 3

Menangi Hamper Smashbox Bernilai Rm556 Setiap Satu

Smashbox menyarankan lima ‘item’ paling digemari oleh peminat jenama alat solek ini.

DRGFVWEVERF.jpg
SOLEKAN SMASHBOX SEGARKAN WAJAH

Kembalikan kesegaran seraut wajah anda dengan bantuan alat solek inovasi baru daripada Smashbox Cosmetics. Tentu anda teruja untuk mencubanya , bukan? Kali ini, Smashbox menyarankan lima ‘item’ paling digemari oleh peminat jenama alat solek ini. Mulakan langkah solekan dengan olesan Photo Finish Hydrating Foundation Primer, RM165, iaitu asas solekan bebas minyak untuk memiliki kulit sihat dan awet muda, juga merangsang kelembapan sambil mencipta kanvas sempurna . Dalam bersolek , jangan lupa lindungi kulit daripada sinar UV dan untuk itu cubalah C amera Ready CC Cream SPF 30 – Dark Spot Correc ting , RM14 6 , ber tindak mengurangi ketaraan bintik gelap sekali gus meningkatkan keserian kulit . Suntik elemen wow dengan Always Sharp 3D Liner, RM80, pensel mata kalis air dengan mutiara ref lek tif 3D yang mudah meluncur dan memberikan garis alitan yang kemas juga menawarkan lapan pilihan warna . Always Sharp Lip Liner, RM82 , menjanjikan ulas bibirmu kelihatan sempurna dengan olesan gincu semudah 1-2-3. Be Legendar y Lipgloss , RM75, melengkapkan penampilan bibir mungil dengan sapuannya yang terasa ringan dan kelihatan lembap berkaca-kaca .

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: