Jul 27, 2015 - 5

[PERADUAN] Menangi! Hamper Hada Labo Whitening Lotion Bernilai RM200

losen pencerah No. 1 di Jepun dan produk bintang dalam rangkaian pencerahan Hada Labo.

Rahsia Kulit Menawan
 Hado.jpg
Tahukah anda , rahsia solekan yang cantik bermula daripada kulit yang menawan? Dan bagaimana cara untuk memiliki kualiti kulit yang baik? Usah bimbang , kulit yang menawan boleh anda miliki dengan mengamalkan penggunaan produk penjagaan kulit yang berkesan terutamanya ‘ lotion’ muka . Ya , InTrend menyarankan anda mencuba Hada Labo Whitening Lotion, losen pencerah No. 1 di Jepun dan produk bintang dalam rangkaian pencerahan Hada Labo. Penggunaan losen dapat melembapkan kulit dan membolehkan khasiat daripada produk penjagaan seterusnya (esen/pelembap) menyerap jauh ke dalam kulit untuk memberikan kesan lebih ketara . Ia mengandungi tiga ramuan efektif iaitu Arbutin, Vitamin C dan A sid Hialuronik untuk memberikan kuasa pencerah bahan berganda , menghidrat , menghalus , menyeri dan menjernihkan wajah . Selain itu, ia bebas daripada sumber haiwan, alkohol, pewarna , pewangi dan minyak mineral. Rutin memakai losen selepas mencuci muka itu penting untuk meningkatkan penghidratan kulit demi keseimbangan optimum. Dengan Whitening Lotion, kulit terasa lebih licin, lembap dan cerah selain mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan . Sekali gus memudahkan solekan melekap cantik dan menyerlahkan seri wajah berkilau bagaikan porselin .

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: