Oct 29, 2014 - 4

Peraduan Sunplay Skin

Menangi! 25x Hamper Sunplay Skin Aqua Bernilai Rm200 Setiap Satu

b.jpgPelindung UV harian Ultra Ringan seperti air dengan PA tertinggi untuk perlindungan UVA terunggul
Pendedahan kepada sinaran matahari menyebabkan kulit lebih cepat alami penuaan pramatang. Jadi, apa yang patut anda lakukan? Ya, sudah pasti kita perlu lindungi dan sayangi kulit kita. Sunplay Skin Aqua kini menawarkan dua varian pelindung UV terbaru iaitu Skin Aqua UV Watery Essence SPF 50+PA++++ dan Skin Aqua UV Watery Gel SPF 50+PA++++.

Esen dan gel ini dirumus dengan teknologi Solarex-3 yang menawarkan perlindungan yang berpanjangan dan stabil daripada sinaran UV yang berbahaya. Dengan teksturnya yang ultra ringan, kulit berasa amat selesa dan tidak melekit untuk membenarkan kulit anda bernafas. Perlindungan PA++++ menawarkan perlindungan tertinggi terhadap sinaran UVA untuk mengelakkan penuaan pramatang. Ia juga diperkaya dengan Vitamin C yang bertindak untuk mengurangkan pembentukan melanin sekali gus mencerahkan jeragat, bintik gelap dan menyeragamkan tona kulit. Jika diamalkan penggunaan esen ataupun gel ini setiap hari, kulit anda pasti cerah, sihat dan berseri. Percayalah, kini kulit anda dilindungi pada tahap terbaik!

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: