Oct 28, 2014 - 4

Ulang Tahun Ke-40 Hello Kitty!

Menangi 33 x Tiket Ulang Tahun Hello Kitty ke-40 di SANRIO HELLO KITTY TOWN, Nusajaya, Johor.

dscscascse.jpg
Tarikh 1 November 2014, merupakan sambutan ulang tahun  HELLO KITTY yang ke-40. Dan untuk meraikan Hello Kitty, taman tema SANRIO HELLO KITTY TOWN di Nusajaya, Johor membawakan satu acara yang paling dinanti-nanti, dimeriahkan dengan karakter popular ini yang akan berlangsung selama tiga hari iaitu dari 31 Oktober 2014 hingga 2 November 2014 di SANRIO HELLO KITTY TOWN.

Kenali HELLO KITTY!
•    Pesonaliti yang ceria dan disenangi ramai, juga memiliki pasangan kembar bernama Mimmy.
•    Punya ramai kenalan yang juga mempunyai minat yang sama.
•    Fasih berbahasa Inggeris dan meminati seni dan muzik.
•    Makanan kegemaranya ialah pai epal.
•    Bergaya dengan cara tersendiri dengan trademark reben merah.

Kemeriahan di taman tema SANRIO HELLO KITTY TOWN merupakan satu pengalaman menarik dan bermakna buat anda sekeluarga! Ada pelbagai aktiviti menarik antaranya anda berpeluang bertemu Hello Kitty dengan lebih dekat. Wow, seronoknya jika dapat membawa anak-anak bersama! Terletak di Nusajaya, Johor Bahru; lokasinya yang strategik memudahkan anda sekeluarga berkunjung ke sini untuk bersama-sama menikmati kemeriahan di taman tema paling ‘comel’ di Malaysia!

Antara aktiviti yang terdapat di taman tema SANRIO HELLO KITTY TOWN:
Black Wonder
 
black-wonder.jpg
Pengembaraan dan misi menyelamat  Hello Kitty dan Dear Daniel yang diculik oleh Kuromi.

Purrfect Stage
 SHKT-Stage-show1.jpg
Persembahan menghiburkan Hello Kitty dan kawan-kawan.

Tea Cup Rides
 
SHKT-Tea-Cup-Ride1.jpg
Alami keseronokan seisi keluarga bermain teacup rides.

Kitty’s House
 Wishful-Studios.jpg
Pengalaman yang tidak dapat dilupakan kala berkunjung ke rumah Hello Kitty.

Dream Photo Garden
 SHK-Dream-Garden(correct1).jpg
Selitkan memori bersama keluarga di Photo Garden yang dihias comel ala gaya Hello Kitty.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: