Jun 24, 2016 - 463

17 Tips Mix & Match Baju Lebaran 2016… No. 8 Paling Popular Untuk Wanita Pendek

Ketandusan idea untuk gaya pagi raya? Kami ada tips 'mix & match' mudah, cantik dan menyamarkan kekurangan fizikal anda.

Teks: Rosie Haslinda Nasir
Instagram: @rosie.rania

Pereka Fesyen, Syomirizwa Gupta berkongsi beberapa tips mix and match gaya lebaran paling mudah untuk anda cuba. Ia mudah, praktikal dan yang terpenting; tidak sekali-kali membocorkan poket anda. 

GAYA 1 
SEKSI SAGA 

Merah dan renda berlapik saja untuk gaya raya lebih mencuri tumpuan. Panel pada bahagian bodice punya lengan gelap semua dan kain berlapik net lembut bikin langkah selesa, Syomirizwa Gupta.


Envelope clutch hitam bergancu besi bentuk haiwan sadur, H&M

TIPS 1 Whoops! Mini Tak Boleh Bawa Seisi Almari!

Jika mahu membawa sebuah envelope clutch bag, pastikan anda saring isinya dulu. Bawa yang penting saja seperti wang, kad pengenalan, lesen memandu, telefon bimbit, sebatang gincu dan kertas pedap minyak. Jangan fikir clutch bag anda boleh berfungsi seperti sebuah tote bag, atau kelak, anda akan kelihatan mengusung clutch bag yang buncit dan berbonjol sana-sini sehingga hilang paras glamor raya.  


 


Jam tangan sedondon dan berwajah jalur, Karen Millen

TIPS 2 Cara Tampil Sedondon

Tidak salah memilih jam tangan atau kasut yang sedondon warnanya dengan busana raya anda. Namun sebarang aksesori lain (charm bracelet, cincin dempak, rantai/kalung, anting-anting) harus dalam mode warna mute supaya penampilan anda tidak terlihat caca-marba.  

 


Sepatu tumit tinggi berikat pada ankle, TopShop 

TIPS 3 Masa Untuk 'Manicure & Pedicure'!

Ankle strap heels cantik dan seksi apabila digayakan. Namun jangan lupa rapikan kuku kaki anda agar ia bersih, kemas dan tergilap. Lakukan sendiri pedicure di rumah. Kini ada banyak akses untuk membeli perkakas pedicure & manicure yang murah di pasaran. 


 

GAYA 2 
PERMAINAN ‘PRINTS’ 

Cetak grafik mahupun floral bikin penampilan pada Aidilfitri lebih meriah dan cantik. Kurung moden jadi pujaan ramai sama panel polos pada pinggang membentuk siluet lebih ramping, Syomirizwa Gupta.

 


Tote bag bercetak punya zip depan,
Kenzo

TIPS 4 Ada dua cara memakai prints. Satu, dengan memadankan busana print bersama ceraian seluar, skirt atau tas tangan bebas prints (polos). Cara kedua, anda boleh lakukan teknik contrast layering dengan menyarungkan prints di atas prints.  

 


Kaca mata plastik cetak kembangan floral, Dolce & Gabbana  

TIPS 5 Sesekali mengenakan kaca mata bercorak pasti mencuri tumpuan. Pilih rona-rona classy seperti hitam, putih atau kelabu supaya tidak terlihat ‘OTT’. 

 


Gelang punya gantungan charm, Endless 

TIPS 6 Hindari memakai charm bracelet bertingkat-tingkat jika anda memakai busana raya yang sudah sarat dengan jemeki, manik atau sekuin pada pergelangan tangan. Kedua-dua unsur ini saling berlawan.    

 

GAYA 3 
KAFTAN YANG ‘COSY’ 

Kaftan kini bukan hanya untuk gaya wanita berusia. Kini potongannya diolah lebih muda, hadir dalam ajnas pilihan cetak dan cukup selesa, berhias cantik sama kerongsang, Syomirizwa Gupta. 

 



Tote polos kulit punya flap ke dalam bersauk hias, MCM

TIPS 7 Anda tidak akan pernah silap jika memilih tas tangan rona putih. Untuk enhancement, pastikan tas tangan yang anda pilih itu punyai tekstur timbul untuk tonjolkan elemen mewah. Lebih cantik jika anda pilih structured bag bentuk segi empat untuk tampil lebih sharp dan on point. 

 


Kasut baji tumit cork berhias paku tebuk, M Missoni

TIPS 8 Wedges atau chunky heels bukan saja memberi keselesaan dan kestabilan dalam gerak langkah. Ia memberi ilusi lebih tinggi (dan lebih langsing!) buat wanita yang bersaiz kecil, bertubuh gempal atau wanita yang rendah ala pokok bonsai. Oleh kerana wedges atau chunky heels ini bersifat besar dan bulky, just keep simple with a skinny pants/jeans. Untuk gaya lebaran yang polished, anda boleh padankan dengan sehelai kaftan yang direka daripada fabrik yang ringan dan flowy.

 



Subang gantung labuh bermutiara, Salvatore Ferragamo 

TIPS 9 Zaman untuk mengenakan anting-anting chandelier yang chunky sudah berlalu. Sekarang adalah waktunya anda memakai diamond stud earrings. Jika mahu yang labuh dan berjuntai di telinga, pilih potongan ringkas. Kata kuncinya: elegan dan moden.  


 

GAYA 4 

‘DEMURE MOD’ 

Untuk wanita yang lebih sukakan pilihan minimal dalam potongan kemas namun masih melawa pada pagi hari raya, ini pilihan dress labuh panel lengan rona berbeza dan berjemeki minimal, Syomirizwa Gupta.

 


Tote rona klasik sama trimming fur, Fendi.  

TIPS 10 Pilihlah tote bag yang menepati tujuan acara anda. Leather tote bag misalannya, bagus untuk berikan imej elegan. Canvas tote bag pula ideal untuk anda yang menyukai design yang funky. Anda boleh pilih square-shaped tote bag or a slightly round shaped bag. 

 


Kaca mata bentuk aviator bersadur emas, Rayban

TIPS 11 Kenapa Nampak Tua?

Apabila memakai kaca mata aviator, pilihlah yang berkerangka rona metal atau perak. Jauhi aviator berkerangka emas kerana ia membuat anda terlihat tua.

 


Sepatu tumit tinggi gabungan rings, Sergio Rossi

TIPS 12 Ever have heels that are slightly too big and keep slipping off? Anda boleh tambahkan reben satin yang sewarna dengan sepatu anda. Lilitkan pada pergelangan kaki, barulah anda boleh melangkah dengan selesa, sepatu tak terlucut. 


 


5 TIPS RAYA CARA SYOMIRIZWA GUPTA

Menurut Syomirizwa Gupta, ada beberapa lagi perkara asas wajar dicuba supaya gaya Aidilfitri tergilap indah. Lima lagi tips tersebut adalah:


TIPS 1 “Jika anda menyenangi aksesori, suka memakai statement jeweleries, statement necklaces atau chunky earrings, pastikan ia dipakai bersama baju kurung berpotongan klasik. Paling sempurna jika statement accesories tadi dipakai bersama baju kurung pesak berwarna solid, polos, bebas daripada sebarang corak atau motif, top to toe.”
 

TIPS 2 “Dengan padanan baju kurung pesak yang sama, seperti yang telah saya sebutkan di atas, anda boleh menyediakan juga beberapa set kain batik, pareo ataupun kain sarung yang berwarna-warni. Bermaksud, pada sebelah malamnya, atau mungkin juga pada hari raya yang berikutnya, anda boleh update penampilan anda dengan sarung yang berwarna-warni itu. Jika ini strategi anda, jangan lupa juga tukarkan aksesori chunky tadi kepada aksesori yang lebih minimal.”
 

TIPS 3 “Saya amat menyukai selendang, pashmina, shawls, atau yang kadang-kadang kita panggil juga sebagai wraps. Anda boleh saja lingkarkannya pada bahu dan tetap terlihat anggun pada hari raya walaupun hakikatnya, anda hanya mengenakan sehelai baju kurung yang amat basic! Mudah bukan?”
 

TIPS 4 “Comfort is key. Pastikan baju raya yang anda pakai itu praktikal dan selesa dipakai sepanjang hari. Raya bukan semata-mata percubaan untuk membuat fashion statement. Raya adalah masanya untuk saling berziarah, bertemu sanak-saudara, bergerak bebas dari rumah ke rumah. Jadi, berhati-hatilah dengan rekaan baju raya yang anda pilih supaya ia tidak menyekat fleksibiliti raya anda.”    
 

TIPS 5 “Warna! Warna sentiasa dalam carta teratas saya apabila bicara tentang look and feel sehelai baju raya. Aidilfitri adalah tentang kebebasan, kegembiraan dan kemaafan. Jadi raikanlah hari kemenangan ini dengan warna-warna yang membawa kemenangan juga.” 

 


 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.