Dec 24, 2014 - 5

Afiq Mohamed, Pereka Muda Berbakat Besar

Komrad pereka fesyen baru hadir membawa gaya yang lebih crispy, svelte dan cool.

Komrad pereka fesyen baru hadir membawa gaya yang lebih crispy, svelte dan cool. Tetapkan core rekaan dan personal taste agar bisa berdiri sendiri.
dvcwcc.jpg
Siapa Afiq Mohamed?
Anak kelahiran Rembau, Negeri Sembilan, anak lelaki tunggal dalam tiga beradik. Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Afiq ambil masa setahun belajar menjahit dan perihal fesyen di Giat Mara sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur untuk pursue bidang yang digemari. Menyambung pengajian di Kuala Lumpur Metropolitan University (KLMU) selama tiga tahun. Kala tahun kedua di universiti, Afiq menerima tawaran untuk sertai Minggu Fesyen STYLO 2011. It was my first taste of being exposed to the scene dan rasai sendiri pengalaman berada di pentas fesyen yang sebegini gah.

Bagaimana estetika rekaan Afiq M?
Seksi, itu satu word yang amat gemar Afiq gunakan kala mereka baju. I like it apabila ia melekap cantik di tubuh wanita. Clean lines dan sentiasa gemar jukstaposisi yang klasik sama yang moden. Mainan paneling fabric dan palet warna yang lebih gelap terutamanya hitam. Dark Glamour adalah estetika yang dekat dengan jiwa rekaan Afiq. Namun at the end of the day comfort harus teratas dalam carta, tidak kira how revealing or how edgy sebuah rekaan itu, jika ia tidak selesa disarung oleh wanita dan rasa yakin, it defeats the purpose.
 dvwcwcwe.jpg
Siapa yang paling diingini untuk menyarung label?
Dalam ramai rupawan tanah air, Afiq sangat teringin mahu dress Deborah Henry. Bekas Ratu Cantik Malaysia itu punya segalanya untuk complete the look. Ketinggian, wajah dan sepasang kaki yang sempurna. Kalau antarabangsa pula Giselle Bundchen pilihan saya, mengapa? Kerana dia adalah Giselle, enough said.

Pereka muda makin berlambak, bagaimana cuba stand out?
Fesyen sentiasa beredar pantas. Di Malaysia sendiri saya rasa tidak ada pereka muda yang mahu dibayangi yang lain, masing-masing mahu mencipta signature tersendiri. Bagi saya, mungkin lebih provokatif dan seksi (sekurangkurangnya buat masa sekarang). Persaingan itu ada di mana-mana dan pastinya sengit tidak kira bidang apa pun, namun saya percaya pada melakukan yang terbaik dan everything else will fall into place.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: