Oct 07, 2014 - 7

Bergaya Dengan 'Palazzo'?

Stail 'palazzo' bukanlah baru dalam fesyen harian wanita masa kini. Boleh di gayakan oleh semua fasa tidak kira bertudung mahupun tidak

Palazzo-pant-trend-coco-kelley.jpg
Fesyen sememangnya satu perkara yang sungguh menyeronokkan. Eksperimentasi dengan fesyen mampu menjadikan diri anda lebih bergaya. Stail 'palazzo' bukanlah baru dalam fesyen harian wanita masa kini. Boleh di gayakan oleh semua fasa tidak kira bertudung mahupun tidak. Jom InTrend ajarkan cara terbaik untuk mengayakan 'palazzo'
 
Palazzcafdwa.jpg
Tips memakai 'palazzo'
 
·         Jika anda seorang wanita yang bertubuh kurus, anda digalakkan memakai baju tebal dan tampak lebih cantik dengan kasut yang berhujung tajam. Selain itu penggayaan Top yang menyerlah mampu menaikkan lagi seri gaya anda
 
·         Dinasihatkan agar anda  memakai  palazo dengan baju berwarna kosong dan tidak terlalu longgar daripada saiz banda anda untuk kelihatan kasual.
 
·         oleh kerana seluar palazzo akan menjadikan anda kelihatan tinggi, Untuk si gadis cilik, anda boleh memakai kasut bertumit tinggi untuk menambahkan ketinggian anda.
 
·         T-shirt atau 'top' yang dipakai bersama 'palazzo' mestilah tidak longgar dan kelihatan rimas apabila dipandang. Cubalah memakai baju yang muat dengan saiz anda supaya ia dapat menonjolkan keseimbangan apabila digandingkan dengan seluar kaki lebar.
 
·         Jika anda baru menggemari fesyen seluar 'palazzo', carilah pakaian yang cerah dan kosong untuk bergaya. Apabila anda sudah biasa, apa lagi? Cubalah bereksperimen dengannya!

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: